Lelaki Solat Jumaat Sambil Dukung Anak Jadi Perhatian

Bagi lelaki beragama Islam sudah menjadi kewajipan untuk mereka menunaikan solat Jumaat. Seperti kita tahu, setiap hari Jumaat juga stesen televisyen tempatan akan menayangkan siaran langsung solat Jumaat.

Namun, imej yang dirakam pada siaran langsung solat Jumaat hari ini menjadi tumpuan ramai yang memaparkan seorang lelaki sedang melakukan solat sambil mendukung anaknya.

Foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Shareen Omar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan lelaki itu yang tetap menunaikan kewajipannya meskipun perlu menjaga anak.

Solat jumaat kat tv tadi, terperasan brader ni gendong ank die semasa solat jumaat. Alhamdulillah.. terbaik la brader…

Posted by Shareen Omar on Thursday, January 16, 2020

Menerusi foto yang dikongsikan turut kelihatan sebuah stroller bayi dihadapannya. Malah ada netizen mengatakan tindakan lelaki itu merupakan contoh yang baik terutama buat golongan lelaki yang baru bergelar bapa.

Meskipun ramai yang memuji namun ada segelintir netizen mempersoalkan sama ada sah atau pun tidak solat tersebut.

Namun komen negatif tersebut dibalas netizen dengan mengatakan Islam itu mudah dan adakah mereka juga yakin bahawa solat mereka di terima selama ini.Dalam pada itu, ada netizen mengatakan supaya lebih menghayati ilmu melalui paparan gambar tersebut daripada menjatuhkan hukvm.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : ROTIKAYA


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lelaki Solat Jumaat Sambil Dukung Anak Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*