Koronav1rus: ‘Terp3rangkap’ Seorang Lagi Rakyat Malaysia ded4h Keadaan Terkin1 di Wuhan

SEORANG lelaki rakyat Malaysia yang tiba di Wuhan, Ch1na pada 19 Januari lalu untuk perjumpaan bersama keluarga isterinya sempena Tahun Baru Cina, menceritakan pengalaman ‘terper4ngkap’ di rumah mereka di sana.

Walaupun penduduk di Wuhan dibenarkan berada di luar rumah, Soares Chen berkata, mereka tidak dibenarkan memandu dan tiada pengangkutan awam.

Menurutnya, mereka menghabiskan masa sepanjang hari di rumah, menonton TV dan melayari Internet.

Chen yang dibesarkan di Pulau Pinang, menetap di Leipzig, Jerman dan membabitkan d1ri dengan bahasa pengaturcaraan.

Menerusi s1ri tvlisannya di laman Twitter, Chen memberitahu, dia kini dalam keadaan sihat tetapi berada di bawah perintah berkurung di Wuhan.

“Saya berkongsi beberapa pandangan saya send1ri mengenai koronav1rus daripada perspektif lokasi kejadian,” katanya.

Chen berkata, dia menaiki penerbangan ke Wuhan berdasarkan laporan bahawa tidak diketahui mengenai penularan dari manusia kepada manusia.

Tambah Chen, dia memahami kemungkinan kesannya lebih banyak kemud4ratan daripada kebaikan untuk melarikan d1ri dari bandar tersebut pada masa ini kerana terdapat ris1ko membawa v1rus ke tempat lain atau dij4ngkiti semasa perjalanan keluar.

“Tindakan terbaik adalah untuk berada di rumah dan meminimumkan ris1ko dij4ngkiti,” katanya.

Katanya, penduduk tempatan tidak begitu bimbang mengenai v1rus itu send1ri tetapi sebaliknya adalah ‘ketidakcekapan’ kerajaan dalam menangani wab4k tersebut.

“Sejak perintah berkurung, semua orang terper4ngkap di rumah dan tidak tahu apa yang berlaku di bandar,” kata Chen yang kini berada di rumah mentuanya.

Dia turut menyebut mengenai kekurangan makanan, yang mana orang ramai hanya panik untuk bekalan makanan. 

“Tetapi saya tidak pergi ke pasar jadi saya tak dapat mengesahkannya send1ri,” katanya.

Chen berkata, khabar angin mengenai hospital yang penuh sesak menakutkan orang ramai.

“Apa yang paling dibimbangkan sekarang ialah sama ada kita boleh mendapatkan diagnosis dan rawatan di hospital sekiranya kami dij4ngkiti,” katanya.

“Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang apa yang berlaku di Wuhan sekarang untuk membuat keputusan yang tepat. Kami mempunyai hak untuk mengetahuinya demi keselamatan kami send1ri, “katanya. – The Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Koronav1rus: ‘Terp3rangkap’ Seorang Lagi Rakyat Malaysia ded4h Keadaan Terkin1 di Wuhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*