DIANGKAT AZAB SELAMA 40 HARI ?

Apakah kesahihan hadith apabila seorang ulama’ melalui sebuah perkvburan maka diangkat 4zab selama 40 hari?

Jawapan : Merujuk kepada soalan di atas, kita perlulah memastikan kesahihan sesebuah hadith sebelum menyandarkannya kepada Nabi SAW dan menyebarkannya kepada orang lain.

Ini kerana, menyandarkan sesuatu yang tidak sahih kepada Rasulullah SAW adalah termasuk di dalam pendustaan di atas nama Baginda SAW yang mulia dan perbuatan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam ner4ka .

Matan Hadith : Setelah kami melihat dan meneliti berkaitan hadith yang dimaksudkan, kami menemui matan hadith tersebut seperti berikut:

إِنَّ الْعَالِمَ وَالْمُتَعَلِّمَ إِذَا مَرَّا عَلَى قَرْيَةٍ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَرْفَعُ الْعَذَابَ عَنْ مَقْبَرَةِ تِلْكَ الْقَرْيَةِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا

“Sesungguhnya orang alim dan orang yang belajar apabila mereka berjalan di sebuah kampung maka Allah SWT akan mengangkat 4zab daripada perkvburan yang terletak di kampung itu selama 40 hari.”

hukvm Hadith : Setelah kami menekuni berkaitan hadith ini, kami mendapati hadith ini sebagai palsu dan tiada asal baginya. Antara ulama’ yang mengatakan bahawa hadith ini adalah palsu adalah:

Imam al-Suyuthi mengatakan hadith ini tiada asal baginya sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari. [Lihat: dan al-Mashnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 65]

Syeikh al-Qauqaji menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 53/1] Syeikh al-‘Ajlouni mengatakan bahawa hadith ini tiada asal baginya (palsu).

[Lihat: Kasyf al-Khafa’, 221/1] Syeikh Mulla Ali al-Qari menghukvm hadith ini sebagai palsu. [Lihat: Asrar al-Marfu’ah, 123/1]

Penutup : Kesimpulannya, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga hadithnya.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa yang sengaja berkata-kata dusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di ner4ka.” [Muttafaqun ‘Alaih, al-Bukhari (108) dan Muslim (2)]

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini serta memelih4ra lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyandarkan sesuatu kepada Nabi SAW. Amin. Wallahua’alam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Mufti Wilayah Persekutuan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "DIANGKAT AZAB SELAMA 40 HARI ?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*