Dekorasi Bilik Berkonsepkan Minimalis Namun Tampak Segar

Buat yang gemar melakukan dekorasi rumah mahu pun bilik pastinya tercari-cari konsep sesuai untuk susun atur sesuai ruang yang tersedia. Biarpun ruang yang ada hanyalah kecil sahaja, namun boleh nampak cantik jika kena pada ‘gayanya’. Sama seperti dekorasi bilik berkonsepkan minimalis yang dikongsikan oleh gadis ini.

Perkongsian dekorasi bilik berkonsepkan minimalis ini adalah dari pemilik akaun Twitter @yusra_ysf telah meraih 10,000 retweets dan 22,800 likes.

Jauh beza sebelum dan selepas bukan?

Kami send1ri sempat bertanya beberapa soalan ringkas kepada gadis bernama Yusra Yusof ini. Menurut pelajar jurusan perancang bandar UiTM Shah Alam ini, dia memilih konsep ‘simple and minimalist’.

Proses ambil masa 2 bulan

Proses ubahsuai dan dekorasi biliknya ini mengambil masa 2 bulan secara keseluruhannya. Dia memulakan projek ini dengan mengecat dan memasang almari laci dalam masa satu hari.

Peralatan mengecat dan almari laci

Kos dan perlu kreatif untuk DIY

Tambah gadis berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini, jumlah kos yang digunakannya termasuk perabot dalam RM500 ++. Ceritanya lagi, perabot yang ada dalam bilik dibeli sedikit demi sikit dan ada juga yang di DIY untuk menampakkan hasilnya seperti baru dan menarik.

Sebagai contohnya pasu yang dibeli di Daiso ini dispray dengan cat berwarna gold dan barang-barang lain di atas meja ini adalah yang terpakai.

Spray cat pasu guna warna gold.

Perabot dibeli secondhand, Ikea dan dalam talian

Manakala meja pula dibeli secondhand dengan harga RM50 dan ditambah dengan wallpaper untuk nampak menarik.

Meja yang dibeli secondhand.

Gadis berusia 27 tahun ini juga berkata dia sememangnya suka buat dekorasi bilik. Jadi dia banyak buat rujukan di internet untuk mendapatkan idea.

Menerusi perkongsiannya juga hanya tiga barang sahaja digunakan adalah dari Ikea dan barang lain dibeli secara dalam talian.

Barang-barang yang dibeli di Ikea.

Berikut adalah barangan yang dibeli secara dalam talian:

Selain itu, lampu nama yang menjadi hiasan itu turut dibeli online dan disusun ikut nama masing-masing. Manakala wire grid boleh didapati di Kaison.

Karpetnya pula dibeli dari Prima di Nilai dengan harga bawah RM70.

Lagi foto dekorasi minimalis bilik gadis ini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Yusra_ysf

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dekorasi Bilik Berkonsepkan Minimalis Namun Tampak Segar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*