Bersin Ketika Sedang Solat, Apakah Perlu Kita Mengucap Alhamdulillah?Ramai Yang Tidak Tahu Mengenai Hukum Ni!

BERSIN DALAM SOLAT, APAKAH TETAP MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH?

Ketika seseorang bersin, maka disyari’atkan baginya untuk mengucapkan hamdalah memuji Allah Rabbnya.

Dalilnya adalah:

Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, bersabda Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan tidak menyukai menguap. Apabila salah seorang dari kamu bersin, maka hendaklah dia memuji Allah (mengucapkan alhamdulillah) dan kewajiban seorang muslim yang mendengarnya untuk mendo’akannya. Sedangkan menguap itu datangnya dari sy4it4n, maka hendaklah dia menahan semampunya. Jika dia sampai mengucapkan ‘haaah, maka sy4it4n akan mentertawakannya.

(HR Bukhari)

Ini adalah dalil yang umum. Namun bagaimana bila kita sedang solat dan kita bersin?

Apakah disyari’atkan juga untuk mengucapkan alhamdulillah?

Jawabannya adalah ya, dalilnya adalah seperti yang d1riwayatkan oleh Al-Imaam At-Tirmidziy rahimahullah:

Mu’aadz bin Rifaa’ah, dari Ayahnya, dia berkata, Aku pernah solat di belakang Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam lalu aku bersin dan mengucapkan, Alhamdulillaahi hamdan katsiran thayyiban mubaar4kan fiih, mubaar4kan ‘alaih, kamaa yuhibbu rabbunaa wa yardha (Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, baik, diberkahi di dalamnya serta diberkahi di atasnya, sebagaimana Rabb kami senang dan redha).

Maka ketika Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda berpaling ke arah kami seraya bertanya, Siapa yang berbicara waktu solat?

Tidak ada seorang pun dari kami yang menjawab, baginda lalu bertanya lagi untuk yang kedua kalinya, Siapa yang berbicara waktu solat?

Tidak ada seorang pun dari kami yang menjawab, beliau lalu bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, Siapa yang berbicara waktu shalat?

Maka aku menjawab, Aku, wahai Rasulullah, Baginda bertanya, Apa yang engkau ucapkan tadi? Aku menjawab, Aku mengucapkan ‘Alhamdulillaahi hamdan katsiran thayyiban mubaar4kan fiih, mubaar4kan ‘alaih, kamaa yuhibbu rabbunaa wa yardha’.

Maka Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam pun bersabda, Demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, sungguh ada tiga puluh lebih malaikat saling berebut untuk membawa naik kalimat tersebut

(HR Tirmidzi, An Nasa’i)

Dalam kitab bughyatul mustarsyidin diterangkan, Orang yang bersin pada saat melaksanakan solat tetap disunnahkan baginya untuk membaca hamdalah, namun membacanya dengan cara s1ri (suara perlahan) sekalipun ketika sedang membaca surah Al-fatihah. Namun, bacaan fatihah tersebut dianggap terputus sehingga diharuskan untuk mengulang kembali dari awal bacaan fatihah tersebut.

Namun bagi orang yang mendengar seseorang bersin dan mengucapkan alhamdulillah dalam solat berjamaah tidak boleh membalasnya dengan mengucapkan yarhakumullah.

Kerana tasymit adalah ucapan yang ditujukan untuk sesama manusia (bukan untuk memuji Allah), ucapan tasymit tidak boleh diucapkan ketika sedang solat.

Rujukan:

At Tibyan Fi Adabi Hamalatil Qur’an

Bughyatul musytaryidin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Media Malaya


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bersin Ketika Sedang Solat, Apakah Perlu Kita Mengucap Alhamdulillah?Ramai Yang Tidak Tahu Mengenai Hukum Ni!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*