Beg Berat Ke Sekolah, Ibubapa Dan Guru Guna Inisiatif Kotak Mudah Alih

Beg berat ke sekolah dibawa oleh murid saban hari menjadi satu isu yang sudah lama disuar4kan ibubapa. Namun ia masih tiada jalan penyelesaiannya. Biarpun begitu, sebuah sekolah telah mengambil pendekatan sebagai inisiatif bagi selesaikan masalah ini.

Inisiatif yang dilakukan oleh Sekolah Kebangsaan Serting Ulu di Jempol ini cukup kreatif. Ia adalah hasil dari kerjasama antara ibubapa dan guru dalam kelas tersebut bagi menyelesaikan masalah murid yang membawa beg berat ke sekolah.

Caranya adalah mereka menyediakan kotak plastik mudah alih buat setiap murid dalam kelas itu. Bermodalkan hanya RM15.90 bagi setiap kotak, ia turut dilekatkan label pemilik kotak dengan nama masing-masing.

Cukup kreatif dan menarik idea ini!

Idea asal menyediakan kotak mudah alih itu adalah hasil perbincangan isu mengenai beg berat ini oleh guru kelas, Nor Hazizah Mohd Sani bersama ibubapa.

“Ia adalah cadangan idea dari seorang penjaga. Ideanya adalah dengan menyediakan kotak mudah alih untuk menyimpan buku teks bagi setiap murid,” kata guru besar sekolah berkenaan, Zainal Abidin Talib.

Tambahnya lagi ia mula dilaksanakan oleh kelas tahun 5G dan mula diikuti beberapa kelas lain.

Buat ibubapa dan guru mungkin boleh ambil idea ini bagi memudahkan anak-anak. Biarpun perlu keluar modal send1ri namun kotak mudah alih plastik ini boleh digunakan sepanjang tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Harian Metro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Beg Berat Ke Sekolah, Ibubapa Dan Guru Guna Inisiatif Kotak Mudah Alih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*