Asap Kebakaran Hutan Di Australia Kini Kelilingi Bumi

September lalu, lebih 11 juta hektar kawasan hutan dan ladang pertanian di Australia terbakar. Kesan daripada benc4na ini, ramai selebriti turut mengambil bahagian membantu mangsa kebakaran. Bukan sahaja penduduk sekitar yang terjejas, malah haiwan yang tinggal di situ juga terkesan. Kini asap kebakaran hutan di Australia ini menjadi kebimbangan kerana memberi kesan kepada seluruh dunia.

Menerusi laporan media antarabangsa, New South Wales dan Victoria serta di sepanjang hutan pantai timur antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Malah kesan daripada kebakaran ini juga menyebabkan asap pencemaran tersebar sehingga menyeberangi Laut Tasman.

Selain itu pencemaran udara turut terjadi sehingga di beberapa bahagian New Zealand yang mana menyebabkan salji di kawasan pergunungan di sana bertukar menjadi warna coklat.

Imej satelit menunjukkan asap bergerak menuju New Zealand 5 Januari lalu

Terbaru menerusi laporan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) beberapa hari lalu, asap kebakaran hutan di Australia ini bakal memberi kesan pada seluruh dunia.

Ini berikutan kebakaran yang cukup dasyat ini menghasilkan asap tebal sehingga mampu membuat pusingan penuh mengelilingi bumi.

Setelah mengelilingi bumi asap ini akan kembali ke ruang udara Australia. Dilaporkan ia telah mengelilingi separuh dari bumi sejak 8 Januari lalu. Fenomena ini juga akan menyebabkan ruang udara berjerebu di kawasan yang terlibat.

Ruang udara New Zealand dilitupi pencemaran udara

Turut difahamkan fenomena yang berlaku ini terlalu dasyat sehingga boleh menyebabkan ribut petir gergasi. Jika ini berlaku kemungkinan kebakaran baru akan terjadi di lokasi sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: BBC / NASA


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Asap Kebakaran Hutan Di Australia Kini Kelilingi Bumi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*