Amalan Minum Barli Campur Madu Dan Lemon Rupanya Petua Turunkan Berat Badan Paling Mudah

Semua orang tahu barli mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan. Tapi tak ramai yang tahu barli juga mampu untuk menurunkan kolesterol dan berat badan.

Menurut seorang pengguna Facebook, Hjh Fatmiarti Jamaran, beliau telah amalkan meminum air barli sejak dulu lagi tapi tidak pernah tahu tentang khasiatnya. Namun, setiap kali test d4rah, kolesterol dan tekanan d4rahnya berada pada tahap normal.

Jadi, hari ini kami nak kongsikan resepi minuman air barli dari Sumaiyah Abdullah untuk bantu anda turunkan kolesterol dan berat badan. InsyaAllah.

Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan.

Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 sudu besar Biji Barli.
  2. 2-3 sudu kecil Madu.
  3. 3 gelas air.
  4. 1 h1risan lemon.

NOTE : Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

CARA-CARA:

Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam. Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil atau sederhana. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.

Kemudian sejukkan.

Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli (Boleh juga nak ganti dengan gula).

Perahkan sedikit lemon atau masukkan h1risan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul-betul menyegarkan.

Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi.

Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya:

  1. Menyejukkan badan.
  2. Barli bersifat anti-bakterial. Bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
  3. Mengawal gula dalam d4rah.
  4. Mencegah jangkitan saluran kencing.
  5. Mencegah batu karang.
  6. Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu.
  7. Salah satu proses detoksifikasi.

Okey. Selamat mencuba.

PENAMBAHAN: Lebihan barli boleh dibuat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja. Jangan membazir tau.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Sumaiyah Abdullah


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Amalan Minum Barli Campur Madu Dan Lemon Rupanya Petua Turunkan Berat Badan Paling Mudah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*