“Aliff Syukri Jadi Keeper Sekarang” – Netizen Keliru Wajah Penjaga Gol Pulau Pinang Mirip Jutawan Kosmetik

Penjaga gol pasukan Pulau Pinang Samuel Somerville mencuri perhatian wargamaya apabila wajahnya dikatakan m1rip jutawan kosmetik berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri. 

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sekeping foto Somerville sedang memasuki padang untuk beraksi bagi merebut Piala Edy Rahmayadi 2020 menentang pasukan PSMS Medan. 

“Aliff Syukri jadi penjaga gol Pulau Pinang sekarang”, tvlis pengguna itu menerusi satu kicauan. 

Tambah menarik apabila kicauan itu turut mendapat perhatian Somerville yang merupakan bekas penjaga gol JDT. 

“Kalau boleh tag la saya,” tvlis penjaga gol berd4rah kacukan England-Malaysia itu. 

Malah ada seorang pengguna memberitahu Somerville bahawa wajahnya saling tak tumpah seperti Aliff Syukri.

“Ya, ramai orang beritahu saya perkara itu,” balas Somerville menerusi balasan kicauan. 

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terkejut dengan wajah yang m1rip itu dan ia mengundang pelbagai reaksi lucu. 

“Nampak sama tapi bukan dia hahahaha,” tvlis seroang wargamaya. 

“Hahaha tertipu aku oi! Sekali pandang macam dia bila zoom bukan dia,” kata seroang wargamaya. 

“HAHAHAHAHA habis kalau kalah semua team dia, dia amuk. Atas padang pun dia buat live video, dia tak lupa. Awas!!” usik seorang wargamaya. 

“Mesti pakai glove LV tak pun Gucci,” komen seorang wargamaya lagi. 

Kicauan tersebut sehingga kini telah menerima hampir 10,000 ulang kicau dan 9,000 tanda suka daripada warga Twitter. 

Kicauan dari Somerville pula mendapat lebih 4,000 ulang kicau. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Aliff Syukri Jadi Keeper Sekarang” – Netizen Keliru Wajah Penjaga Gol Pulau Pinang Mirip Jutawan Kosmetik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*