Wanita penyayang cuba ‘umpan’ kucing jalanan untuk menjadi kucingnya, ternyata usaha dan kesabarannya berhasil

Secara amnya, kucing juga turut mengalami ketakutan yang boleh berpunca daripada pelbagai aspek seperti persekitaran, orang mahupun objek yang mampu memberikannya anc4m4n. Bagi berhadapan dengan masalah ini, kucing lazimnya akan cuba untuk bertindak balas sama ada dengan mendiam dan melarikan d1ri ataupun melawan.

Mereka juga memerlukan masa untuk membiasakan d1ri mereka terhadap persekitaran, suasana dan orang yang baru mereka jumpai. Baru-baru ini, tular satu kisah yang dialami oleh seorang wanita iaitu Carmen, di mana seekor kucing jalanan berada di kawasan rumahnya.

Carmen tidak tahu daripada mana datangnya kucing tersebut memandangkan cuaca pada ketika itu sangat sejuk dan itu membimbangkan wanita itu. Kali pertama dia melihatnya, kucing bewarna j1ngga berkenaan dilihat sedang memakan makanan burung. Kasihannya!

Dia menganggap bahawa kucing itu sangat terdesak dan mungkin mengalami kebuluran. Sejak itu, Carmen memasang niat untuk membawa masuk kucing malang tersebut bagi menghangatkan tubuhnya. Tetapi nampaknya, kucing itu tidak memunculkan d1ri setelah beberapa hari.

Pada satu malam, wanita itu keluar daripada rumah dan mendapati bahawa kucing itu berada di kawasan rumahnya dan dia kemudian cuba memanggil kucing itu namun kucing itu enggan menghamp1rinya dan hanya berada berdekatan dengan relau sahaja.

Suatu pagi ketika cuaca begitu sejuk dan bersalji, Carmen memberinya makanan dan cuba mendekati kucing tersebut namun kucing itu melarikan d1ri. Keadaan ini berlangsung selama seminggu membuatkan Carmen akhirnya membuat rumah kecil buatnya menggunakan pengangkut anj1ng.

Ia dibaluti dengan tuala dan fabrik yang tebal bagi memanaskan tubuh kucing berkenaan ketika cuaca sejuk, selain turut dilengkapi dengan makanan dan minuman khas buatnya. Sungguh menggembirakan apabila kucing itu kelihatan memasuki rumah kecil tersebut tidak berapa lama selepas itu.

Setiap hari, wanita berkenaan akan memberikan makanan kepadanya dan sejak daripada itu, kucing comel tersebut sudah mula berasa selesa dengan wanita itu. Carmen merasakan bahawa kucing itu sudah menjadi miliknya. Cuma, dia tidak dibenarkan menyentuhnya sahaja.

Hubungan mereka makin lama makin erat saban hari dan Carmen berniat untuk membawa kucing berkenaan masuk ke dalam rumah dan terus membelanya. Pada suatu hari, kucing tersebut secara tiba-tiba menghamp1ri dan memasuki rumah Carmen menerusi pintu belakang.

Walaupun hanya seketika, namun ia sudah cukup mengujakan wanita berkenaan. Lama kelamaan, kucing comel tersebut sudah berani untuk berada berdekatan dengan pintu utama rumah Carmen. Mana tidaknya, terdapat makanan dan pad haba disediakan khas buat kucingnya.

Akhirnya, kesabaran Carmen sepanjang ‘mendekati’ kucing itu membuahkan hasil apabila kucing itu mengiau manja dan membiarkan tubuhnya disentuh dan diusap oleh Carmen. Walaupun seakan tidak percaya, ternyata wanita itu berasa sangat gembira.

Kucing berkenaan akhirnya dipelih4ra di dalam rumah dan anak lelaki Carmen menamakannya sebagai Hot Dog. Mereka sungguh rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain. Hot Dog ternyata seekor kucing yang lincah dan lain daripada yang lain.

Bukan itu sahaja, bahkan Hot Dog juga pandai bersosial dan mempunyai hubungan yang baik dengan anj1ng pelih4raan keluarga itu, Kermie. Mereka tidak ubah seperti rakan karib – sentiasa bersama tidak kira apa yang mereka lakukan.

Carmen yang sebelum ini tidak pernah merasai perasaan sebegini terhadap mana-mana kucing dan tidak begitu faham ikatan erat yang wujud antara mereka kini akhirnya begitu menyayangi kucing kesayangannya itu. Ternyata Hot Dog merupakan kucing yang bertuah!

sumber : Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wanita penyayang cuba ‘umpan’ kucing jalanan untuk menjadi kucingnya, ternyata usaha dan kesabarannya berhasil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*