Tonton Kembali Adegan Paling ‘Win’ Dalam Ejen Ali: The Movie

Tahniah diucapkan kepada team Ejen Ali: The Movie kerana filem Ejen Ali mendapat sambvtan yang hangat dari rakyat Malaysia. Bagi anda yang sudah menonton filem ini, pastinya setiap babak dalam filem masih diingati.

Adakah anda masih ingat akan babak di kedai mamak terdapat adegan nyanyian yang cukup menghiburkan? Sebelum ini, ramai yang cukup kecewa kerana lagu tersebut tiada di YouTube.

Terbaharu, sedutan babak lagu tersebut telah dikongsikan di laman YouTube Ejen Ali dan anda pasti akan berasa teruja untuk menontonnya. Setelah menontonnya, anda akan berasa seperti ingin menonton filem Ejen Ali lagi di pawagam.

Rata-rata netizen cukup gembira apabila babak lagu tersebut dikongsikan. Malah, ada yang mengatakan bahawa babak ini berjaya membuat mereka gelak dalam pawagam.

Babak bersama General pun best juga. Mungkin selepas ini babak tersebut juga akan dikeluarkan? Sama-sama kita nantikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tonton Kembali Adegan Paling ‘Win’ Dalam Ejen Ali: The Movie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*