“Tak Dapat Berjalan, Berkerusi Roda,” – Dilahirkan Tanpa Kaki, Ibu Mimi Fly ONE Tetap Cekal Besarkan Anak-Anak

Menerusi Nona, ibu kepada penyanyi One Nation Emcees, Mimi Fly iaitu Ramlah Md Jalee ini layak digelar Superwoman atas kehebatannya menguruskan rumah tangga dan tiga anak.

Tidak pernah menanggap kekurangan d1ri sebagai halangan, walaupun telah kem4tian suami, namun dia tetap cekal meneruskan perjuangan.

Lebih menakjubkan, dia yang dilahirkan tanpa sepasang kaki ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Gemilang 2018.

“Dengan keadaan saya yang tidak dapat berjalan dan terpaksa berkerusi roda, memanglah satu cabaran besar untuk menguruskan anak-anak semasa kecil.

“Cuma cara saya mendukung anak-anak, memasak, memandu, menaiki tangga dan keluar bekerja berbeza berbanding ibu-ibu lain.

“Saya terpaksa membawa anak-anak ke rumah pengasuh dengan kereta kerana saya bekerja manakala suami pula seorang ahli perniagaan.

“Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan keadaan saya seperti ini. Saya percaya, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap makhlukNya. Dalam kehidupan ini, saya melihat ada keadaan orang yang lebih teruk daripada saya,” katanya seperti yang dipetik.

Punya kelulusan dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya, jelasnya, dia harus berdikari untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.

“Saya membuktikan, walaupun seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), kesedaran untuk menjaga d1ri send1ri menjadi paksi agar saya terus berusaha untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini.

Saya harus berdikari tanpa mengh4rapkan sesiapa.

Jika saya tidak menolong d1ri send1ri, siapa yang sanggup membantu saya buat selamanya? Jadi saya harus kuat dan sentiasa positif,” ulasnya lagi.

Kemunculan Ramlah menerusi segmen Gegar Vaganza bersama Mimi nyata membuka mata netizen apabila melihat keazaman wanita hebat ini membesarkan anak-anaknya.

Sumber : Nona & Instagram Mimi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Dapat Berjalan, Berkerusi Roda,” – Dilahirkan Tanpa Kaki, Ibu Mimi Fly ONE Tetap Cekal Besarkan Anak-Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*