Sharifah Sakinah Kongsi Teaser Telefilem Baru, Ramai Tak Sabar!

Cukup sinonim dengan gelagatnya yang selamba dan kadang-kadang mampu membuatkan orang ramai tertawa, Sharifah Sakinah nampaknya kian giat meneruskan kerjaya lakonannya.

Terbaru, Sharifah Sakinah berkongsikan teaser sebuah telefilem lakonannya yang bakal bersiaran di Astro Citra. Telemovie berjudul ‘Kecundang Sebelum Menjanda’ itu menceritakan mengenai seorang gadis yang bernama Nora.

Kisahnya bermula apabila selepas hari pernikahannya batal disebabkan teman lelaki Nora melarikan d1ri saat akad nikah, gadis ini mula melalui sesuatu kejadian aneh.

Melalui teaser video yang dikongsikan Sharifah Sakinah, telefilem ini menonjolkan sisi d1rinya yang ‘gila-gila’ dan sudah tentulah kelakar.

Berikut adalah video teaser yang dikongsikan selebriti ini:

View this post on Instagram

Kecundang Sebelum Menjanda! Kenapa bukan tajuk “nyamuk yang bersalah “ kenapa bukan? @bambam_studios Tak tahu la tajuk cerita makin lama makin aneh. Seaneh perangai siapakah itu? Sabtu ni, 7 Disember 2019. 9 malam di Astro Citra 131 Dan CitraHD 126. #kecundangsebelummenjanda

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Baru sahaja dikongsikan tidak sampai setengah jam, video ini ditonton lebih 21,000!

Teaser telefilem ini sahaja dapat memberikan gambaran jalan ceritanya bukanlah kisah cinta semata-mata. Ada unsur jenaka dan plot twist yang terjangka.

Kecundang Sebelum Menjanda akan disiarkan pada Sabtu ini, 7 Disember jam 9 malam di Astro Citra 131 dan CitraHD 126.

Rata-rata netizen men1ngg4lkan reaksi mereka selepas menonton teaser telefilem ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dia bole buat menari nobodu plak hahaha”

“Wah..Tak sabar nak tengok nie. Macam best..Lagi2 ada Kinah”

“Dia buat gila lagi. Aq conpem aq streeess tengok si Kinah ni berlakon”

“Waaa..Tak sabar nak tengok ni..mesti best”

Sumber: Instagram

via HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sharifah Sakinah Kongsi Teaser Telefilem Baru, Ramai Tak Sabar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*