Sebalik Tabir Memey Suhaiza Rakam Video Guna Kaki, Memang Kreatif!

Baru-baru ini Norman Hakim berkongsikan video dan foto bagaimana isterinya mengambil video biarpun berada di dalam kereta. Dalam perkongsian itu kelihatan Memey Suhaiza rakam video guna kaki telah meraih perhatian ramai.

Nama pun wanita, memang ramai yang mengakui golongan ini sangat multitasking. Dalam satu masa mereka boleh buat dua tiga benda dan hasilnya sempurna. Sama seperti pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza. Suaminya, Norman Hakim akui Memey Suhaiza adalah wanita multitasking dalam satu perkongsiannya di Instagram.

Norman Hakim yang juga seorang pelakon sempat merakamkan gelagat isterinya yang sedang membuat video ketika di dalam kereta. Berkongsikan foto dan video gelagat isterinya di laman Instagram, Norman Hakim send1ri akui Memey Suhaiza adalah wanita yang hebat.

Manakan tidak dalam perkongsiannya itu kelihatan Memey Suhaiza memegang handphone sambil merakamkan video menggunakan kaki serta kedua tangannya pula sedang memakai gincu. Luarbiasa sungguh kebolehan wanita ini!

Berikut adalah perkongsian dari Norman Hakim send1ri yang memaparkan di sebalik tabir video Memey Suhaiza:

View this post on Instagram

Saya kagum betul dgn kaum hawa nih.Sangat ‘multi-tasking’ . . Contoh mcm isteri saya @memeysuhaiza .Selain dari hebat memasak & jaga anak,dia sangat dasyat menggunakan ‘accessories’ yg ada pd dirinya.Contoh mcm kakinya yg boleh digunakan sebagai stand kpd handphone dia sendiri & saya percaya handphone lain pun boleh pakai kaki dia jugak . . Kalau nak tgk video ‘reality’,boleh swipe & kalau nak tengok video ‘expectation’, boleh tgk kat ig story @memeysuhaiza k . . Saya percaya ramai kaum hawa kat sini pun mempunyai sisi kehebatan yg tersendiri.Cer share apa ‘multi-tasking’ paling dasyat yg korang boleh atau pernah buat?🧐

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Ini pula adalah hasil dari mengambil video menggunakan kaki tersebut. Nampak macam tiada yang pelik bukan?

Perkongsian Norman Hakim ini telah meraih perhatian ramai dengan hampir 24,000 likes. Rata-rata netizen men1ngg4lkan reaksi mereka mengenai Memey Suhaiza rakam video guna kaki ini di ruangan komen seperti berikut:

“Pernah tengok kawan mekap sambil drive kereta manual. Taktau kenapa dia masih hidup”

memey pegang phone pakai kaki 6

“Kreatif. Tak terfikir pun hahah boleh try”

memey pegang phone pakai kaki 7

“Aje yang handei”

memey pegang phone pakai kaki 4

“Boleh tak jatuh fon tu hebat mummy”

memey pegang phone pakai kaki 5

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto : Normanhakim_786

sumber: HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sebalik Tabir Memey Suhaiza Rakam Video Guna Kaki, Memang Kreatif!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*