PEMANDU BAS EKSPRES M4UT TERBABAS LANGGAR POKOK

KLUANG, 11 DIS: Seorang pemandu bas ekspres m4ut selepas bas dipandu terbabas sebelum melanggar pokok dalam kem4l4ngan berlaku berhampiran Kampung Baharu, Seri Lalang, Jalan Ayer Hitam awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II Azmi Mohd Bani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 2.12 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS telah bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kem4l4ngan melibatkan sebuah bas ekspress yang terbabas melanggar sebatang pokok.”

“Pemandu bas tersebut P Mathivanan, 52 tercampak keluar dari bas ke bahu jalan dan disahkan telah men1ngg4l dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.”

“Ketika kejadian bas tersebut tidak membawa penumpang. may4t mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 2.33 pagi,”katanya dalam satu kenyataan.

sumber : JohorKini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "PEMANDU BAS EKSPRES M4UT TERBABAS LANGGAR POKOK"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*