“Merem4ng” – Selepas Nyanyian Alif Satar, Lagu Nasyid Sesungguhnya Kembali Dengan Versi 2020

Masih ingat lagi dengan lagu nasyid popular era 90-an, Sesungguhnya yang didendangkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu?

Jika pada Ramadan lalu lagu tersebut kembali popular setelah  dinyanyikan semula oleh anggota Raihan duet bersama Alif Satar yang lebih dikenali sebagai Sesungguhnya 2019. 

Setelah dinyanyikan semula oleh Alif Satar, lagu nasyid yang malar segar itu kembali  popular dan berjaya menambat hati golongan pendengar baru yang tidak berkesempatan untuk mendengar versi asal lagu tersebut dendangan vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani suatu ketika dulu sesehinggakan  video muzik rasmi lagu tersebut  berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak 18 juta di Youtube. 

Memandangkan beberapa hari sahaja lagi tahun 2019 akan melabuhkan tirainya, lagu nasyid tersebut kini kembali dengan nafas baru yang dinamakan Sesungguhnya 2020. Apa yang lebih istimewa, Sesungguhnya 2020 kali ini dinyanyikan  send1ri oleh vokalis asal kumpulan itu, Nazrey Johani berduet bersama penyanyi wanita kelahiran Indonesia, Dwi Dina. 

Buat masa ini, masih  tiada info mengenai latar belakang penyanyi wanita ini. Setakat ini, penyanyi wanita itu hanya berkongsi aktivitinya melalui laman instagramnya, @dinahijriana. 

Dwi Dina Foto- Instagram @dinahijriana

Dwi dina bersama Nazrey Johani Foto- Instagram @dinahijriana

Sejak dimuat naik di laman Youtube pada Selasa lalu, video muzik lagu  tersebut telah menerima  hampir 100 ribu tontonan. Meskipun digarap dengan sedikit berbeza dengan versi asal, namun rata-rata memuji keindahan lagu ini apatah lagi dengan kelunakan suara dua penyanyi ini.

Menjengah ke ruangan komen video muzik lagu  tersebut di Youtube,  terdapat juga pesanan yang ditinggalkan oleh netizen untuk membantu Nazrey sama-sama berkongsi video ini supaya dapat membantunya menghulurkan bantuan buat pelajar tahfiz di Sabah. 

Malah ada yang mengingatkan supaya tidak menekan bvtang skip ads  sebagai tanda sokongan kepada usaha murni penyanyi tersebut dalam mengumpul dana bagi pelajar tahfiz.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Cari


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Merem4ng” – Selepas Nyanyian Alif Satar, Lagu Nasyid Sesungguhnya Kembali Dengan Versi 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*