Lima Taktik Licik Peniaga Makanan Menipu

Lima Taktik Licik Peniaga Makanan Menipu Pembeli | Rakyat Malaysia ni memang suka makan. Mana taknya, kalau ada makanan baru yang viral je, mesti korang terus tag ahli keluarga dan kawan-kawan korang semua dalam Facebook.

Malah baru-baru ni pun daripada pelbagai restoran franchise, sampai la perniagaan kecil-kecilan buat promosi yang tak kurang hebatnya.

Tengok je la macam mana orang sanggup beratur panjang masa viralnya Keria Melaka atau Coconut Shake Klebang tu. Drive jauh semata-mata nak ke sana sebab kat KL takde. Tak kira la sampai Melaka atau Penang sekali pun, makan punya pasal semua boleh.

Tapi dalam banyak-banyak benda pasal makanan ni, ada satu benda yang paling turn-off sangat. Kalau pasal harga tu takde la kisah sangat. Kalau tak, takdela tempat makan hipster tumbuh macam cendawan lepas hujan kat Malaysia ni.

Tapi macam mana pula dengan makanan yang sedap, tapi rupa-rupanya dicampur dengan bahan yang tak sepatutnya? Mungkin sebab lebih pentingkan kuantiti berbanding kualiti?

Jadinya, ada sesetengah peniaga yang nak cepat kaya ni, diorang jual makanan yang tak sepatutnya dimakan macam…

1. Pekatkan kuah laksa guna tisu

Laksa adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia tak kira la Melayu, Cina dan India. Korang tengok saja la kalau kat Penang tu, fullhouse, sampai beratur luar kedai. Tu tak masuk lagi pelbagai jenis laksa yang kita ada mengikut negeri masing-masing.

Kita ada pelbagai jenis laksa iaitu Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Johor, Laksa Kelantan, dan tak lupa juga kepada Laksa Sarawak! Walaupun namanya laksa,

Tapi mi dan kuah yang digunakan adalah berbeza dan mengikut cita rasa masing-masing. Tapi, apa pula masalah yang pernah jadi dengan laksa ni?

Beberapa tahun lepas, Sinar Harian pernah melaporkan pasal seorang lelaki yang beli laksa dekat dengan rumah dia di Temerloh. Masa nak makan, dia nampak kuah tu lain macam je. Jadi bila dikuis-kuis kuah laksa tu, pembeli lelaki dengan mak dia nampak macam ada cebisan tisu.

Nak tahu betul ke tak, diorang pun guna la penapis untuk tengok. Tapi ‘isi ikan’ dalam laksa tu nampaknya jadi gumpalan tisu yang rupanya digunakan untuk memekatkan kuah laksa. Tapi nampaknya kes tu diam je dan macam takde laporan polis yang dibuat dalam kes ni.

2. Ayam goreng garing sebab ditambah plastik

Ayam goreng ni memang takde siapa yang tak suka. Tengok je la macam mana iklan KFC dengan McD tu berjaya pengaruhi korang untuk beli.

Tak masuk lagi ayam goreng Korean style, atau ayam goreng berempah mamak untuk dimakan dengan nasi kandar. Budak-budak pun terpengaruh nak makan ayam goreng sebab tengok cerita Upin Ipin.

Setakat ni kat Malaysia kitorang tak jumpa lagi la mana-mana peniaga yang tertangkap disebabkan kes ni. Kitorang jumpa berita kat Indonesia je. Jadi boleh ke kita cakap ayam goreng plastik ni berasal dari =if it is disabled in your browser.

Menurut sebuah portal Indonesia iaitu suaranasional.com, kalau makanan tu ada campuran yang tak sepatutnya, api pada makanan terbakar tu akan menyala dan ada lelehan yang akan jatuh. Kalau nak tahu, lelehan tu la campuran plastik atau lilin.

Malah disebabkan kes ni juga la para pengguna semakin sedar untuk periksa makanan diorang sama ada mengandungi plastik atau tak.

Bukan setakat ayam goreng je, makanan bergoreng yang lain macam pisang goreng, rempeyek, biskut kering dan keropok ikan keluaran tempatan juga pernah dituduh mengandungi plastik. Tapi kes ni cuma viral dalam Facebook je, takde pula disiarkan dalam berita.

3. Pisang goreng digoreng menggunakan plastik dan straw

Lepas viral pasal ayam yang digoreng dengan menggunakan pelbagai jenis plastik, pisang goreng pun nampaknya tak terlepas daripada ‘dieksploitasi’ peniaga yang nak cepat untung. Tapi sejauh mana pula kebenaran tu?

Dua tiga tahun lepas juga, negara pernah kecoh dalam beberapa blog pasal peniaga pisang goreng menggunakan minyak panas yang dicampurkan dengan plastik untuk menghasilkan garing yang paling sempurna dan bertahan lama. Teknik dan ‘ramuan rahsia’ ni dikatakan dah lama digunakan di sesetengah tempat di Indonesia.

Kebanyakan orang yang komen kat atas ni send1ri menjadi saksi macam mana sesetengah peniaga menggunakan taktik mencairkan pelbagai jenis plastik dan juga straw untuk menggaringkan pisang goreng yang dijual.

Disebabkan perkara ni la juga sebenarnya ramai orang buat ‘eksperimen’ send1ri yang nampaknya menular kejap. Yang tak tahannya, orang yang cuba eksperimen tu siap maki lagi syarikat pembekal makanan tu sebab makanan yang dia bakar tu betul-betul terbakar.

Sebenarnya, bahan dalam makanan tu send1ri macam kanji atau minyak yang memang semulajadi ada dalam makanan tu boleh membuatkan makanan tu terbakar lama.

Jadi korang jangan la pulak terus melatah kalau makanan yang korang bakar tu api dia tak padam-padam. Benda tu mungkin disebabkan kalori makanan tu yang tinggi.

4. Pisang goreng garing guna kapur siling

Goreng pisang ni memang makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia masa minum petang. Definasi goreng pisang sedap ni juga bergantung kepada setiap orang yang makan,

Tapi yang pasti kita semua suka makan goreng pisang yang kerak atau adunan tepungnya yang garing membaluti pisang yang semulajadi manis.

Tapi baru-baru ni, viral pasal kes pisang goreng yang dikatakan telah dicampur dengan kapur siling. Kejadian yang berlaku kat Puchong tu dah menjejaskan imej peniaga tu dan Sinar Harian kemudiannya keluarkan berita untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

Tapi hasil siasatan pula mendapati kilang yang keluarkan tepung tu yang dah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup yang digunakan peniaga tu.

Hasil siasatan seterusnya menunjukkan tepung rangup tersebut telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan didapati bahawa pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.

Dalam hal ini, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran,” katanya dalam satu kenyataan media.”- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kalau ais krim dijual dalam tong cat pun boleh menimbulkan kekeliruan dan keraguan untuk dimakan, tak tahu la macam mana pula boleh tertukar kertas pembungkusan tepung dengan kapur siling. Kita tunggu je la laporan baru sebab kes ni masih lagi disiasat pada masa artikel ni ditvlis.

5. Pekatkan santan dengan tepung

Santan ni salah satu bahan masakan yang penting dalam masakan Melayu. Yela, dalam masakan Melayu kebanyakannya adalah masak lemak cili api, gulai, ayam percik, kuih-muih , dan tak lupa juga nasi lemak!

Kita gunakan santan untuk mendapatkan rasa lemak manis untuk sesebuah makanan Melayu tradisional. Berbeza dengan masakan Cina dan India, diorang selalunya menggunakan susu segar dalam bahan masakan untuk menggantikan santan.

Jadi bila negara kita mengalami krisis kekurangan bekalan kelapa kat pasaran,harga santan kemudiannya naik dan menyebabkan ada peniaga yang tamak dan ambik keputusan nak jadi ‘cepat kaya’. Diorang campurkan santan dengan tepung dan air untuk pekatkan kandungan santan tu.

Taktik dua peniaga kat Pasar Borong Selayang tu kemudiannya terbongkardan diorang kemudiannya ditahan oleh Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) lepas diorang terima aduan pengguna yang kata santan diorang beli tak sama macam dulu.

Kalau orang tua-tua ni memang tahu bezakan sikit antara yang asli dan tiruan. Bak kata pepatah, ‘hanya jauhari yang mengenal manikam‘.

Selain daripada boleh makan ‘air tangan’ send1ri, perah santan send1ri ni juga boleh menguatkan otot-otot lengan korang dan menimbulkan urat yang digilai makwe. Kalau nak cepat kaya, cepat juga la ruginya kalau gunakan jalan yang salah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Ohmanis.com


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lima Taktik Licik Peniaga Makanan Menipu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*