“Korang Tak Perlu DM Tanya Nombor Lah”- Mia Sara Tak Ada Telefon Bimbit

Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha memberitahu bahawa dia tidak pernah memiliki telefon bimbit kerana belum mendapat kebenaran daripada ibu bapanya untuk menggunakannya.

Bahkan, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 14, menjelaskan interaksi yang berlaku di akaun media sosialnya selama ini diuruskan oleh pengurus dan ibu bapanya sahaja.

“Memandangkan pengurus Mia kata beribu DM (Direct Message) Mia kat Instagram kan, jadi Mia terangkanlah ya. Sebenarnya, ibu bapa saya tak bagi Mia ada telefon pun, jadi korang tak perlu DM tanya nombor lah.

“Tak ada telefon bimbit pun Mia ni. Dulu pun Mia ada terangkan sekali rasanya. Tak percaya terpulanglah. Anda boleh tanya orang yang kenal Mia secara dekat dan mereka akan beritahu perkara yang sama,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Biarpun begitu, pelakon filem Nur Kasih The Movie itu mengakui sesekali dia akan menjengah akaun media sosial miliknya itu.

“Posting semua dilakukan oleh pengurus dan ibu bapa sahaja. Jadi, Mia jenguk sikit-sikit je lah kadang-kadang. Mia dah terangkan untuk kali kedua dah, jadi harapnya korang tak tanya lagi lah ya.
 

“Kalau ada yang mengaku ada nombor telefon Mia tu jangan percaya lah. Nampak sangat menipu ya sebab Mia mana ada telefon. Jangan tertipu dengan orang yang menyamar tu ya,” pintanya.

View this post on Instagram

Haaa ni nak cerita sikit la. Memandang kan manager mia kata beribu dm Mia kat Instagram kan so Mia explain la ya. Sebenarnya my parents tak bagi mia ada handphone pun jadi korang tak perlu dm tanya no la. Tak de handphone pun Mia ni. Dulu pun Mia ada explain sekali rasanya. Tak percaya terpulang la. You can go ask people yg kenal Mia personally and they will tell you exactly that. Jadi tak timbul la soal sombong tak jawap dm ke atau tak jawap komen ke sbb takde phone pun sebenarnya. Posting semua done by my manager and my parents je. So mia jenguk sikit sikit je la once in awhile. There, Mia dah explain 2nd time dah so hopefully korang tak tanya lagi la ya. . . P/s: kalau ada yg mengaku ada no mia tu jgn percaya la. Nampak sgt menipu ya sbb mia mana ada phone. Jgn tertipu dgn org yg menyamar tu ya . . . #miayoutube #miasara #miasaranasuha

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on

Perkongsian Mia itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Ramai yang memuji tindakan Mia dan meminta dia agar terus memberikan fokus kepada pelajarannya.

Mia mempunyai 2 juta pengikut di akaun Instagram miliknya, @therealmiasara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

1 Comment on "“Korang Tak Perlu DM Tanya Nombor Lah”- Mia Sara Tak Ada Telefon Bimbit"

  1. M.alif syafiq | April 16, 2020 at 12:28 am | Reply

    Memang betul pelakon x de Telefon nombor saya setuju dengan kata kata Di atas

Leave a comment

Your email address will not be published.


*