Khai Bahar malu tengok lakonan sendiri

KUALA LUMPUR: Biarpun kemunculannya dalam drama bers1ri, Satukan Rasa mendapat pujian peminat, Khai Bahar, mengakui tidak sanggup melihat lakonannya send1ri.

Katanya, bukan tidak percaya bakat dan kemampuan yang dimiliki, namun dia menganggap penampilan pertamanya itu belum mencapai piawaian untuk dibanggakan.

“Jika ingin serius sebagai pelakon, saya kena masuk kelas kerana banyak lagi ilmu perlu digali. Namun, pengetahuan sahaja tidak memadai, sebaliknya kesungguhan dan bakat juga perlu diasah untuk memantapkan mutu lakonan.

“Saya yakin jika terus diberikan peluang, saya mampu melakukan jauh lebih baik. Segan pula melihat kar4kter yang saya bawakan itu, mungkin kerana saya masih baharu dalam bidang lakonan,” katanya.

Drama 20 episod itu menemui penonton bermula 4 November lalu, menggandingkan penyanyi Luluh itu bersama Siti Nordiana sebagai teraju utama, dibantu Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera dan Isyariana.

Biarpun minat dalam bidang lakonan sudah mula bercambah, Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin, 25, berkata, buat masa ini, tumpuan penuh diberikan dahulu kepada kerjaya nyanyian.

Mengikut perancangan, dia bakal muncul dengan single baharu dalam masa terdekat, selain merakamkan sebuah lagu khas untuk projek pusat dialisis amal di Perlis.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang dua bulan penggambaran, terutama pengarah dan pelakon senior,” katanya.

Khai yang ditemui pada majlis bersama peminatnya, semalam turut menghiburkan kira-kira 500 tetamu, selain menyertai pelbagai aktiviti disediakan.

sumber : BH ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Khai Bahar malu tengok lakonan sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*