Keliru Nak Wish Ke Tak? Ini Sebenarnya Hukum Ucap Merry Christmas Buat Yang Beragama Islam!

Esok seluruh penganut agama Kristian bakal menyambut perayaan Natal atau Christmas.

Maka dengan itu ramailah akan mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada rakan-rakan, sama ada secara lisan ataupun hanya di media sosial.

Persoalannya, adakah ia boleh dilakukan mereka yang beragama Islam? Tidakkah berd0sa?

Jika ada yang masih keliru, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah tampil menjelaskan isu berkenaan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tahun lalu.

“Apabila isu ini masih berulang lagi saban tahun, kami terpanggil untuk menekuni semula isu ini dan membuat sedikit kajian ilmiah.

“Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan per4ngkaan Malaysia, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ketiga terbesar di Malaysia iaitu mencapai 9.2% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

“Melihat kepada hal ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup bersama-sama sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu diraikan dengan sewajarnya,” katanya.

Tambahnya, selepas melihat dua pandangan dan juga situasi semasa di Malaysia, kami berpendapat ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah diharuskan dengan syarat-syarat dan garis panduan yang khusus.

“Penyertaan orang Islam dalam majlis sambvtan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.

“Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah SAW send1ri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam,” katanya.

Untuk mendalami segala perincian berhubung isu ini, anda boleh baca dengan lebih lanjut di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Keliru Nak Wish Ke Tak? Ini Sebenarnya Hukum Ucap Merry Christmas Buat Yang Beragama Islam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*