Johan naik pelamin tahun depan

PETALING JAYA: Pelakon Johan Asa’ari, mengakui sudah bersedia menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya yang juga pengusaha ladang penternakan lembu selepas lebih setahun berkenalan.

Johan berkata, jika tiada aral, 2020 bakal menyaksikan dia melangkah ke alam perkahwinan dan berh4rap niat sucinya itu dipermudahkan.

“Walaupun berjauhan kerana dia berada London, kami masih lagi berhubungan. Dia baru sahaja menghantar mesej dan bertanya mengenai majlis yang saya had1ri ini.

“Sempat juga dia memuji penampilan saya yang pada matanya, menarik perhatian. Insya-Allah, kalau ada jodoh, memang saya merancang untuk berkahwin tahun depan.

“Sebelum ini, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, cuma jodoh belum sampai. Insya-Allah, 2020 akan menjadi tahun luar biasa dan berh4rap, semua pihak mendoakan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Banglo No 99, baru-baru ini.

Terdahulu, pelakon berusia 32 tahun itu membuat pengakuan, sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang menetap di utara tanah air, namun masih terlalu awal untuk menyifatkan hubungan mereka sebagai bercinta.

Berkongsi pengalaman membintangi filem genre seram itu, Johan mengakui, dia berdepan pengalaman mendebarkan ketika di lokasi penggambaran.

“Kejadian seram itu berlaku ketika penggambaran dijalankan di bahagian bawah tanah sebuah banglo. Tiba-tiba, bunyi orang mengaji sedang berkumandang.

“Apabila dicari arah mana bunyi itu datang, rupa-rupanya ia daripada telefon bimbit saya. Situasi itu membuatkan bulu roma saya meremang kerana nada dering telefon bimbit saya berbeza,” cerita pelakon yang mula dikenali menerusi drama bers1ri, Juvana itu.

Selain Johan, filem arahan Khir Mohd Noor itu turut dibintangi Datuk Yusof Haslam, Hafeez Mikail, Bkay Nair, Camelia Natasya dan Harun Hashim. Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 Disember ini.

sumber : BH ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Johan naik pelamin tahun depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*