Isteri Terkilan, Mengidam Minta Beli Jagung RM2 Tapi Suami Berhabis Duit Beli Barang Motor

Kehidupan berumahtangga sememangnya berbeza dengan alam percintaan. Apabila bergelar suami atau isteri, di saat inilah kita mengenali siapa pasangan kita yang sebenarnya. Ada yang sewaktu bercinta semuanya indah, tetapi selepas kahwin sebaliknya berlaku.

Seperti luahan perasaan seorang isteri ini yang ‘makan hati’ dengan sikap si suami. Usia perkahwinan baru sahaja menjangkau lima bulan tetapi suami sudah tidak mengambil endah akan perasaanya. Apa yang berlaku? Ikuti perkongsian ini.

Baru kahwin lima bulan..

Saya isteri berumur 18 tahun, saya berkahwin dengan suami saya hampir 5 bulan, saya sekarang disahkan hamil 4 bulan, saya berjumpa dengan suami kebetulan dan hanya berkawan dalam tempoh sebulan.

Saya berkahwin sebab mak ayah saya sudah bercer4i dan selama ini saya hidup dengan bapa, dan bapa saya men1ngg4l dunia Mac tahun ini.

Mengidam nak makan jagung RM2 tapi suami cakap kena jimat

Persoalannya, suami saya ni minat bab motor, saya tak kisah dia nak minat motor, tapi saya teringin nak makan jagung, yang hanya RM2, dia cakap kena jimat, lepas tu dia hantar saya balik rumah saya check fon dia, rupanya habis dia beli barang motor, saya terasa..

Biasalah saya betul-betul mengidam nak makan jagung, dia tak pernah hulur saya 1 sen, disebabkan duit KWSP ayah saya akan masuk tak lama lagi, saya risau sebab dia pegang ic dan kad bank saya, bila saya tanya kenapa dia cuma jawab “nanti ayang membazir.”

Minta duit peninggalan arwah ayah untuk beli rim dan fon baru

Ya Allah saya tak pernah habiskan duit dengan benda tak berfaedah, semua bab makan ja… Lepas tu saya ada mintak izin walaupun tu duit saya, saya cakap “nanti nak beli baju baru boleh tak?” dia cuma jawab “jimat la, duit ni la nak beli barang anak, nak bayar bil hospital.”

Saya terasa bukan minta baju mahal-mahal pun selama ni tapi alasan berjimat… Dia ada request duit peninggalan arwah ayah saya boleh tak dia nak beli rim dan fon untuk dia ya Allah… Duit tu saya tak terfikir untuk guna, yang saya fikir keperluan anak saya..

Berhenti kerja sebab suami tak bagi

Dulu saya suka sangat beli barang makeup lepas kahwin saya tinggal semua tu sebab saya tak bekerja alasan suami tak bagi. Saya tak nak habiskan duit suami saya dengan beli barang makeup, saya tak pernah kacau duit dia.

Masa awal kahwin saya pernah bekerja, gaji saya kalau nak pergi beli barang mesti dia minta atas alasan malu nanti orang nampak bini yang buka dompet bayar itu ini.

Ajak balik rumah mak sebulan sekali tarik muka

Saya macam pengemis yang meminta, saya tak pernah merungut… Sebelum kahwin ok je hari-hari datang rumah sembang dengan mak saya, lepas kahwin ajak balik sebulan sekali pun tarik muka takut mak saya minta duit.

Tak tahu kenapa maybe sebab saya muda dan mengandung, sedih sangat-sangat, nak keluar kedai depan rumah pun tak bagi, suruh pergi ambil adik saya yang umur 8 tahun teman saya di rumah pun tak boleh sedangkan dia selalu bekerja shift malam. Saya cuma berkongsi cerita, sebab saya tak ada kawan untuk diluahkan hidup saya cuma di dalam rumah.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Isteri Terkilan, Mengidam Minta Beli Jagung RM2 Tapi Suami Berhabis Duit Beli Barang Motor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*