Dua Tahun Kahwin, Fattah Amin Baru KenaI Siapa Fazura Dan Dedahkan Sikap Sebenar Isterinya

Di sebalik kejayaan seorang lelaki, tentu ada wanita istimewa di sisinya. Begitu juga perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadi bagi aktor kacak Fattah Amin, 29.

Populariti dan kebahagiaan tersimpul kemas dalam genggaman suami kepada aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 36. Tiada apa lagi yang perlu dikejar jejaka ini, namun hakikatnya catatan hidupnya sebagai seorang ‘hero’ belum lagi tumbang.

” Dahulu, saya seorang yang sangat pemalu dan pendiam, namun sekarang ada sedikit perubahan. Isteri menjadi inspirasi untuk saya berubah.

” Saya dan Fazura saling melengkapi selepas dua tahun berkahwin. Alhamdulillah, kami baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 November lalu.

” Kami saling mengenali dalam tempoh setahun bercinta dan dua tahun melayari bahtera perkahwinan. Saya kenal baik bvruk dan luar dalam isteri. Bagi saya, ia adalah detik yang sangat indah.

” Dalam perjalanan ini, pasangan suami isteri harus bertolak ansur dan faham memahami supaya tidak timbul kepincangan dalam rumah tangga,” katanya.

Fattah berkata, dia tahu ada yang mengatakan detik percintaan dan selepas mend1rikan rumah tangga adalah berbeza.

” Saya tidak sangka isteri seorang yang penyayang dan pemurah hati apabila kami duduk serumah. Sebelum berkahwin, saya tahu isteri seorang pemurah, tetapi apabila duduk serumah, sikapnya lebih ketara.

” Fazura suka membantu orang dan semangat menghulurkan pertolongan sangat luar biasa. Dia tidak boleh melihat orang yang disayangi atau kawan rapat dalam kesusahan,” katanya.

Tentunya juga, kata Fattah, tanggungjawabnya sebagai isteri dilakukan dengan baik.

” Walaupun Fazura dianggap sebagai bintang, sikapnya tidak seperti bintang ketika di rumah. Fazura raj1n memasak. Saya paling suka sambal udang, sayur kailan ikan masin dan telur goreng hasil air tangannya. Hari-hari masak lauk sama pun saya okay,” katanya.

View this post on Instagram

What an awesome crowd in Penang! Terima kasih orang Pulau Pinang yang mai dari jauh sampai Kedah pun ada. Thank you to @toyotamy for organising the meet & greet. 😊 #Chr #ToyotaMy #Drive #CHRdrivesMe

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Kongsi Fattah lagi, sebagai suami, dia tidak pernah mengambil kesempatan.

“Saya turut membantu apa yang patut bagi meringankan bebanan isteri membuat kerja rumah.

” Kami tiada pembantu rumah, jadi kerja rumah dilakukan bersama-sama. Saya dan Fazura tidak suka rumah bersepah,” katanya.

Akui Fattah, bohong jika mereka tidak pernah bermasam muka sepanjang dua tahun hidup bersama.

” Kalau tidak berg4duh ‘manja’, saya takkan kenal pasangan. Saya tidak tahu apa yang dia suka dan sebaliknya.

” Apabila Fazura m4rah dan merajuk, saya tahu dia tak suka, jadi jangan buat lagi. Fazura tidak suka rumah berselerak dan campak baju merata-rata.

” Fazura juga seorang yang ringkas dan tidak suka bersiap lambat. Dia hanya akan mengambil masa lebih lebih untuk bersiap apabila perlu menghad1ri acara tertentu,” katanya.

Soal zuriat, Fattah berkata, dia dan Fazura sudah bersedia menimang cahaya mata. Cuma, belum ada rezeki untuk mereka menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.

” Saya dan Fazura tidak pernah merancang atau masih dalam tempoh bulan madu. Kami berserah kepada Allah dalam soal rezeki menimang anak.

” Kami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata, pada bila-bila masa. Doakan kami,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Berita Harian


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dua Tahun Kahwin, Fattah Amin Baru KenaI Siapa Fazura Dan Dedahkan Sikap Sebenar Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*