Peguam Dedah Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama Menerusi Whatsapp, Dakwa Nusyuz?

Penceramah bebas, Da’i Farhan menjadi bualan di laman sosial apabila dia menikahi seorang ibu tunggal anak lapan sebagai isteri keduanya. Isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain kemudian meluahkan bahawa dia pada mulanya reda dalam terpaksa menerima pernikahan kedua suaminya itu.

Terbaru, pendedahan seorang peguam mengenai keadaan rumah tangga penceramah berkenaan nyata mengejutkan netizen yang tidak menyangka akan tindakan juara program realiti dakwah berkenaan.

Diceraikan dengan Whatsapp

Seorang peguam Asiah Abd Jalil memuatnaik status memaklumkan Da’i Farhan telah mencer4ikan isteri pertamanya, Fatin dengan talak satu. Tambah memilukan, wanita itu sedang hamil anak kedua mereka dan lafaz tersebut dibuat menerusi voice note aplikasi Whatsapp.

Tambah Asiah, percer4ian mereka berpunca dari dakwaan Fatin sebagai nusyuz dan telah memf1tn4h suaminya. Satu laporan polis turut dibuat keluarga Fatin kerana Farhan didakwa telah memukul bekas isterinya idan dan mengurungnya.

Disahkan sumber dipercayai

Seorang sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi pihak kami mengesahkan kesahihan kenyataan yang dimuatnaik berkenaan.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di laman sosial Farhan mahupun Fatin, kedua-dua mereka masih tidak memuatnaik sebarang status untuk mengesahkan status dimuatnaik peguam berkenaan.

Beberapa hari lepas, Farhan teruk dikritik apabila dia mendedahkan dalam satu temubual mengatakan dia telah menolak 18 orang wanita yang berminat mengahwininya sebelum berbuat demikian dengan isteri keduanya kini.

Sumber: Asiah Abd Jalil

via OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Peguam Dedah Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama Menerusi Whatsapp, Dakwa Nusyuz?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*