“Contoh Pasangan Artis Yang Berjaya Mengekalkan Keharmonian Rumah Tangga”- Sambut Anniversary Ke-44, Pelakon Veteran Zulkifli Zain & Normala Dipuji

Pasangan pelakon dan seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 73, dan Datin Normala Omar, 61, menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 semalam.

Pasangan itu diraikan bersama anak-anak mereka termasuk pelakon dan pengarah teater Norzizi Zulkifli.

Norzizi memuat naik foto dan video ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy 44th Anniversary Mama Papa. Layan Sup Gear Box! ❤️😋💏💍 👰 🤵

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. ❤️

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

“Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah,” tvlisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji keharmonian rumah tangga pasangan tersebut sehingga berjaya mengekalkannya selama 44 tahun.

“Tahniah! Contoh pasangan artis yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga sentiasa sweet, sentiasa berdua saya kagum.

“Alahai sweetnyer semoga bahagia hingga ke jannah.

“Terharu tengok cinta kasih sampai 44 tahun,” komen antara pengikutnya.

Mengimbas latarnya, Zulkifli di era kegemilangannya pernah membintangi drama Tragedi Seri Mersing pada 1985 dan sangat dikenali dengan watak Bentayan.

Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.

Selain Dr Norzizi, adik beradiknya yang lain ialah Norzaza, 38; Norzazila, 36; Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Contoh Pasangan Artis Yang Berjaya Mengekalkan Keharmonian Rumah Tangga”- Sambut Anniversary Ke-44, Pelakon Veteran Zulkifli Zain & Normala Dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*