Boleh ker hebohkan pertunangan? Ini ‘jelas’ PU Azman

Sebelum pasangan mahu mend1rikan rumah tangga pastinya sesetengah mereka akan memilih untuk melalui fasa pertunangan terlebih dahulu barulah seterusnya ke perkahwinan.

Tempoh pertunangan juga bergantung kepada pasangan, ada yang mengambil masa yang lama dan ada juga yang sebaliknya.

Namun begitu, ada sesetengah pasangan juga lebih memilih untuk terus berkahwin tanpa melalui fasa pertunangan terlebih dahulu. Bagaimanapun, ia merupakan keputusan antara pihak masing-masing.

Hebohkan pertunangan?

Rasanya kita seringkali mendengar, fasa pertunangan tidak mudah dihadapi oleh pasangan menyebabkan ada yang mampu bertahan dan sebaliknya. Ini menyebabkan ramai mengatakan ada baiknya untuk dirahsiakan daripada dihebohkan kepada ramai.

Bagaimanapun, posting daripada PU Azman mendapat perhatian ramai mengenai isu ini yang menjelaskan topik ‘boleh ker hebohkan pertunangan’.

View this post on Instagram

Takda dalil sohih yang larang hebohkan pertunangan. . Dan takda dalil sohih yang wajibkan sembunyi pertunangan. . Ikut memasinglah. Timbangkan antara risiko dan faedah. . Kalau hebohkan, ada jugak faedahnya, bila orang lain tahu, takda yang nak caras/potong line tunang orang lain. . Kalau beriyer pulak heboh, nanti ganggu mental kalau putus sebab ramai dah tahu. So, ikut koranglah. . Kalau Cik Man, lebih memilih tak heboh. Sebab Cik Man tunang pun takda. 😪

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

“Takda dalil sohih yang larang hebohkan pertunangan. Dan takda dalil sohih yang wajibkan sembunyi pertunangan. Ikut memasinglah. Timbangkan antara risiko dan faedah.

“Kalau hebohkan, ada jugak faedahnya, bila orang lain tahu, takda yang nak caras/potong line tunang orang lain. Kalau beriyer pulak heboh, nanti ganggu mental kalau putus sebab ramai dah tahu. So, ikut koranglah. ” tvlisnya dilaman Instagram.

Perkongsian pendakwah ini juga meraih perhatian ramai pengikut dengan lebih 30 ribu tanda suka diberikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : PU Azman


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Boleh ker hebohkan pertunangan? Ini ‘jelas’ PU Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*