Battle Sham Visa & Jatt Ali Di Pentas Akhir GV Buat Ramai Terhibur!

Malam tadi telah berlangsungnya Gegar Vaganza 2019 akhir secara langsung disiarkan di Astro Ria. Kesemua 6 finalis diberikan tugasan untuk membuat dua persembahan iaitu secara solo dan battle sesama peserta. Salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah persembahan battle Sham Visa dan Jatt Ali.

Battle Sham Visa dan Jatt Ali yang menyanyikan lagu Angguk-Angguk Geleng-Geleng itu telah meraih perhatian ramai kerana keunikan persembahan mereka itu.

Menerusi perkongsian Sham Visa di Instagram, rata-rata netizen terhibur dengan persembahan mereka berdua. Manakan tidak, kedua-dua penyanyi ini rasanya tidak pernah dilihat menyanyikan lagu genre sebegini dalam sejarah karier mereka.

Biarpun begitu, mereka berdua berjaya membuatkan penonton terhibur dengan gelagat mereka berdua. Berikut adalah perkongsian momen ketika melakukan persembahan malam tadi itu:

View this post on Instagram

#LiveUpdateMO Akhirnya tiba di pentas akhir #GV6. Abang Sham 'Kembali Berontak Dalam Rentak' dengan lagu 'Haruskah Diuji' & battle bersama #JattAli untuk lagu 'Angguk-Angguk Geleng-Geleng' pada konsert akhir Gegar Vaganza musim keenam malam ini. Kalah menang bukan lagi sasaran. Paling penting kita enjoy!✌🏼💗 . Management: @mindorder Photographer & Videographer: @neonpixelofficial Makeup: @kasihcicie Hair: @nurulshukor_official Designer: @azirun_ramly Shoes: @zeveshoes IEM: @ezd_acoustic_my Fans Club: @shamvengers . #MindOrder #MindOrderManagement #ShamxMindOrder #ShamVisa #ShamGV19 #ShamVengers #GV6 #GegarVaganza2019 #GegarVaganza @gegarvaganzaofficial

A post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on

Sedikit sedutan rakaman persembahan Sham Visa dan Jatt Ali di pentas battle:

Berikut antara reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen:

“GV yang paling diingati sampi bila2. Mula2 tengok baju tido abg Jatt dah gelak sakan. Bila part rap lagi pecah perut. Tapi comel giler”

“Best giler Sham Visa & Jatt Talib memang comel..Satu MBSA terhibur. Well done guys..”

“Adoi lawak n happening la…Tengok gambar ni abg sham banyak gelak je”

“Enjoy gilaa persembahan abg jatt n abg sham. Hahaha bakal diingati sampai bila2”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Sham Visa / Astro Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Battle Sham Visa & Jatt Ali Di Pentas Akhir GV Buat Ramai Terhibur!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*