“Absolutely Correction!,” – Lilit Tudung Gaya Minah Selamat Jadi Ikutan, Ini Respon Elly Mazlein

Penampilan dan lagak gaya lakonan Elly Mazlein sebagai Mona atau Minah Selamat menerusi drama episod, Kampung People nyata mengundang tawa penonton.

Malah, tagline yang sering diungkap, ‘absolutely correction’ turut melekat, lengkap dengan imej tudung yang kini menjadi ikutan penonton setia drama yang bersiaran menerusi slot Lestary itu.

Menerusi Instagram, hos Mentor Millenia itu ada berkongsi foto peminat yang mengenakan tudung persis Minah Selamat!

View this post on Instagram

Si tenit tu pun team minah selamat..cayalahhhhh 🤣🤣💋💋💋💋 #KampungPeople Forever ever back to the future punye geng 💋🤣 #AbsolutelyCorrection

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

“Team minah selamat. Cayalah agitchu #KampungPeople. Forever ever back to the future punye geng #AbsolutelyCorrection,” tvlis Elly menerusi salah satu entrinya.

Di ruangan komen pula, rata-ratanya geli hati dengan perkongsiannya selain membayangkan tudung ala Minah Selamat ini bakal menjadi ikutan ramai.

Selain Elly, drama 13 episod ini turut dijayakan oleh Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Kampung People arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang terpaksa menyamar dan menukar identiti gara-gara secara tidak sengaja menjadi saksi kepada satu kes jenayah.

Mereka kemudiannya berhijrah ke kampung bagi mengelak daripada diburu penjenayah. Minah (Elly Mazlein) sekeluarga yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bandar terpaksa menyesuaikan d1ri dengan kehidupan baru di kampung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Elly Mazlein, TV3 Malaysia

sumber : Media Hiburan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Absolutely Correction!,” – Lilit Tudung Gaya Minah Selamat Jadi Ikutan, Ini Respon Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*