“Macam Nak Buat Video Youtube” Zahiril Adzim Kecewa Produksi Lemah Dan Artis Tak Profesional

Zah1ril meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa artis yang tidak profesional dalam menjalankan tugas sebagai pelakon.

PELAKON Zah1ril Adzim meluahkan rasa kecewa terhadap cara bekerja di set penggambaran sesebuah filem di Malaysia masih lemah dan tiada perubahan.

Menurut Zah1ril, 35, bukan sahaja pihak produksi malah kebanyakan artis masih tidak profesional sehingga membuatkan dia sudah tidak sanggup berdepan situasi sedemikian.

“Masih banyak benda-benda yang dalam industri ini yang masih tak berubah dan saya sudah tak boleh nak menghadap lagi benda yang macam ni. 

“Dah 10 tahun pun sama juga, masalah yang sama. Jadi daripada saya meng4muk dekat set, lebih baik saya elak dan beri pada orang lain.

Zah1ril kini sibuk menjalani penggambaran bagi KL Ge3ngster Underworld 2.

“Cara kerja di set saya boleh cakap masih lemah. Bukan saya nak mengec4m pihak produksi malah artis send1ri pun masih ramai lagi yang lemah dan tak profesional.

“Daripada mula-mula saya masuk industri sampai sekarang… perubahan itu tak banyak. Sedangkan negara lain dah pergi jauh,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zah1ril turut mengakui mahu memperlahankan karier dalam lakonan selain lebih selektif memilih watak.

Kata Zah1ril, dia juga enggan membabitkan d1ri menerusi karya yang bersifat hiburan semata-mata demi kebaikan industri lakonan.

“Bukan nak berhenti cuma lebih selektif dalam memilih watak. Kalau rasa betul-betul nak buat baru saya akan terima. Maknanya saya bukan berlakon untuk survive lagi dah kerana untuk fasa itu dah lepas.

Daripada mula-mula saya masuk industri sampai sekarang… perubahan itu tak banyak.

ZAH1riL ADZIM

Pelakon

“Dan saya tak pernah nak menentang karya yang bersifat hiburan semata-mata cuma nak minta biarlah ianya seimbang supaya kita ada filem yang boleh dibanggakan di tahap antarabangsa.

“Ada perkara-perkara yang saya kena tengok dahulu. Misalnya ada kawan-kawan yang saya pernah kerja dengan mereka dan saya tahu mereka mungkin tak akan timbulkan masalah yang banyak, saya boleh terima.

“Saya nak pergi set yang saya happy… bila orang tengok mereka tahu inilah set untuk filem bukannya set yang nampak macam nak shoot untuk Youtube,” ujarnya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Macam Nak Buat Video Youtube” Zahiril Adzim Kecewa Produksi Lemah Dan Artis Tak Profesional"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*