Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bakal menimang cahaya mata perempuan awal bulan depan.
Perkara tersebut diumumkan pasangan berkenaan pada majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk terbaharu Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana, pada Rabu.
“Insya Allah, kami bakal dikurniakan anak perempuan dan berh4rap cahaya mata ketiga kami ini dilahirkan dengan selamat.
“Saya sekarang hanya menunggu waktu saja. Kalau ikut jadual saya dijangka lahirkan anak pada awal Disember ini.
View this post on InstagramNak tanya. Kenapa baby dlm pewut ni terlampau aktif mcm menari kat dlm.. pdhl baru 6m🥴
“Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bekerja meski detik kelahiran boleh dikatakan bila-bila masa saja dari sekarang,” kata Wawa kepada MH.
Menurut Aeril, dia dan Wawa juga sudah mempunyai nama anak perempuannya itu.
“Kami memilih nama Aya Soffya untuk nama anak kami nanti, insyaAllah. Nama tersebut dipilih ketika kami ke Turki baru-baru ini.
“Ketika itu kami ke sebuah masjid yang dinamakan Aya Sofya (Masjid Biru) lantas kami bercadang untuk memberikan nama berkenaan dan Aeril turut bersetuju,” katanya.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: Ig Wawazainal via MH
Be the first to comment on "“Kami Ke Sebuah Masjid…,” – Sudah Umum Jantina Anak Ketiga, Wawa Zainal Dedah Nama"