Syukur Itu Letaknya Di Hati, Tidak Boleh Dipaksa Melainkan Disedarkan Dengan Rela

Syukur itu letaknya di hati. Tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rela. Orang yang tidak bersyukur hakikatnya bvta “mata hati”. Dia tidak dapat melihat nikmat yang melimpah di hadapan mata send1ri.

Umpama kelawar yang tidak dapat melihat pada siang hari bukan kerana siang itu gelap, tetapi kerana terlalu terang.

Begitulah orang yang tidak bersyukur, mereka tidak dapat melihat kelebihan kerana mereka sedang tenggelam oleh kelebihan itu.

Mulutnya hanya menuturkan, “Susah, s4kit, malang…” tanpa menyedari bahawa mereka masih mempunyai lidah untuk mengeluarkan kata-kata itu!

Bersyukur kepada Pemberi Nikmat

Manusia akan bersyukur sekiranya dia “melihat” Pemberi nikmat bagi sesuatu, bukan nikmat-Nya.

Jika kita menyedari Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang itulah yang memberi nikmat, kita akan membesarkan pemberiannya walaupun kecil atau sedikit.

Ini kerana bukan nikmat itu yang menjadi ukuran, tetapi siapa yang memberi nikmat itulah yang lebih diutamakan.

Syukur Nabi Ayub

Jarang ada manusia yang mahu mengambil ‘ibrah daripada ujian yang menimpa Nabi Ayub a.s.

Apabila baginda diuji dengan kes4kitan, baginda berasa malu untuk berdoa kepada Allah kerana tempoh sihatnya lebih lama berbanding tempoh baginda diuji dengan kes4kitan.

Ramai manusia yang hanya menghitung kesukaran, bukan kesyukuran dan jika kita menghitung kesyukuran, nescaya kita akan dapati jumlahnya melebihi kesukaran!

Anehnya ada manusia yang apabila diberi tambahan nikmat, dia berasa ia kurang daripada sebelumnya. Ini berlaku kerana kehendaknya menjadi lebih besar berbanding sebelumnya. Mulalah dia mengenangkan sesuatu yang “tiada” bukannya sesuatu yang “ada”.

Tanpa syukur, hidup menjadi sukar. Hati semakin terhimpit dengan keres4han dan kesusahan yang tidak berkesudahan. Sukarnya untuk bersyukur hakikatnya jauh Iebih mudah daripada sukarnya akibat tidak bersyukur. -CP

Nikmat yang jarang disyukuri

Saat s4kit, apa yang terlintas di fikiran? Hanya Allah yang pertama di hati. Saat itu kita tahu tiada yang mengerti derita kes4kitan yang sedang ditanggung.

Meskipun pasangan kita, dia takkan mampu berkongsi rasa itu. Masa ini juga kita merasakan betapa besarnya nikmat ‘kesihatan’.

Masa sihat selalu lupa nak bersyukur. Bila diuji s4kit sedikit, baru nak berfikir dan merayu agar Allah kembalikan kesihatan.

Sesungguhnya s4kit itu satu ujian, juga penghapus d0sa. Saat s4kit dan lemah itulah hati kita banyak berzikir mengingati Allah dan terkenangkan d0sa d0sa. Betulkan?

Saat ini juga hati terasa lebih dekat dengan-Nya lantaran Dia saja yang mengerti kes4kitan yang ditanggung dan Dia saja tempat d1ri mengadu.

Ada insan yang diuji dengan peny4kit yang sangat teruk, seperti penghidap kanser. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Semoga Allah memberinya kekuatan, kerana hanya insan yang layak dan kuat saja dipilih Allah untuk menerima ujian berat seperti itu.

Semoga terampun segala d0sa-d0sanya dan semoga syurga menjadi miliknya.

Aku dan semua, bersyukurlah andai hari ini tubuh badan kita masih sihat bertenaga. Masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Ucapkanlah Alhamdulillah kerana saat ini, ketika kita hidup dengan riang gembira, ramai lagi yang sedang menderita dengan seribu macam peny4kit dan kes4kitan.

Semoga Allah memberi keampunan kepada kita semua.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Sentiasa Panas

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Syukur Itu Letaknya Di Hati, Tidak Boleh Dipaksa Melainkan Disedarkan Dengan Rela"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*