[VIDEO] “Coretan Perjalanan Pengakhiran..” – Sultan Kelantan Berduk4cita Dan Seb4k

SUASANA hiba menyelubungi Istana Balai Besar di Kota Bharu hari ini apabila Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menceritakan coretan perjalanan pengakhiran Almarhum Sultan Ismail Petra pada 28 September lalu.

Sultan Muhammad turut dilihat menahan sebak ketika membaca titah sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Ke-50 baginda.

Baginda menzahirkan perasaan sedih dan dvkacita yang amat sangat terhadap kemangkatan ayahandanya pada 28 September lalu.

“Tanggal 27 September 2019, 9.40 malam, ayahanda berada dalam kritiikal. Beta bersama adinda berangkat ke Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan kepada Allah mohon yang terbaik kepada Tuanku Sultan Ismail Petra.

“Pasukan doktor yang merawat masih berh4rap keaj4iban dan ihsan daripada yang maha Esa. Detik yang mendatang begitu meres4hkan. Kadar denyutan jantung menurun. Allahuakhbar,” titahnya.

Sultan Muhammad V bersalaman dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika berangkat tiba memeriksa perbarisan kehormat sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini. Foto Fathil Asri

Baginda bertitah, doktor sempat melaksanakan solat tahajud, hajat serta witir manakala jururawat lelaki sentiasa membisikkan syahadah di telinga Tuanku dan bacaan Yassin berterusan.

“Sesudah Subuh, dimaklumkan pihak HRPZ II, denyutan jantung semakin menurun dan beta, bonda serta adinda berada di sisi Sultan Ismail Petra.

“Kekuasaan dan kehendakNya, Tuanku kembali kepada yang maha Esa detik 8.11 pagi pada tanggal 28 September 2019 bersamaan 28 Muharram 1441 Hijrah.

“Makluman perkhabaran kemangkatan Tuanku dimaklumkan terus kepada Menteri Besar, Datuk Setiausaha Kerajaan dan Datuk Pengelola Istana di Lobi Wad Diraja,” titahnya.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan semua pihak yang membantu dalam menyempurnakan istiadat pemakaman dan urusan dalam tempoh berkabung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Coretan Perjalanan Pengakhiran..” – Sultan Kelantan Berduk4cita Dan Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*