“Sudah Berzaman Saya Menyanyi. Lainlah Kalau Saya Dari Akademi Atau…,” – Wann

Mendapat markah antara terendah iaitu sebanyak 61 peratus dalam saingan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Wann akui tidak rasa kecewa.

Sebaliknya dia cuba sentiasa positif dan menyifatkan cabaran yang hadir setiap minggu adalah suatu persembahan yang perlu disempurnakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullilah, ada rezeki untuk minggu depan🌹 Makeup: @iamothongdanish18 Hair: @acuuu_84 Outfit: @eddymohaizz_official Stylist: @liazailia

A post shared by Wann (@wann_rashidah) on

“Sebenarnya bila sudah sertai GV, saya tidak fikir sangat soal pertandingan akan tetapi saya lebih kepada rasa untuk membuat persembahan di atas pentas.

“Saya tak sedih, ini kan pertandingankan,” katanya sejurus sidang media.

Pada masa sama, Wann atau nama lengkapnya,Wan Rashidah Meor Abdul Rashid turut mengucapkan terima kasih buat pihak juri yang tidak putus memberikan semangat.

“Terima kasih juga buat pihak juri yang berikan semangat. Saya tidak kisah, menyanyi adalah kerjaya saya. Bukan kerana saya sertai GV andai tersingkir nak rasa sedih. Ini kan pertandingan.

“Apa sahaja lagu saya cuba. Itu saya punya cara, sebab kita dah menyanyi… saya rasa sudah berzaman saya menyanyi. Lainlah kalau saya dari akademi atau baru mungkin boleh diubah.

“Jadi saya tak tahu nak buat macam mana. Cuma saya ikut saya punyai stail saj4lah,” jelasnya lagi.

Terdahulu, GV6 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam kini dilanjutkan dari lapan minggu ke 11 minggu dan ia diumumkan secara langsung ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi.

Malah, konsert saingan minggu ketujuh itu juga menyaksikan sembilan peserta berjaya mara ke pentas minggu hadapan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thankyou @cuckoo_official 💙 Sayang semua❤️ kat Konsert Cuckoo semalam join Kak Wann nyanyi Bossanova 💃🏻 . Photo courtesy: @natashasushi 📸

A post shared by Wann (@wann_rashidah) on

Selain Wann yang berkongsi peratusan sama dengan Sham Visa, Nurfatimah turut berada di kedudvkan tiga terendah iaitu dengan 63 peratus.

Sementara itu, persembahannya menerusi lagu Terlalu Memuja nyanyian asal Wany Hasrita, mendapat komen juri bahawa ekspresi nyanyiannya agak ekstrem hingga menjejaskan sebvtan l1rik lagu.

GV6 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD. Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi pula menduduki kerusi juri jemputan, minggu ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sudah Berzaman Saya Menyanyi. Lainlah Kalau Saya Dari Akademi Atau…,” – Wann"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*