“Tidur Dekat Ruang Tamu Pakai Kelambu, Pelita Dengar Bunyi Cengkerik,” Shuib Kongsi Kisah Rumah Lama, Imbau Nostalgia

Pelawak dan penyampai radio, Shuib berkongsi satu kisah pada zaman kecilnya.

Dedahnya, dia pernah tinggal di sebuah rumah papan sejak kecil hingga remaja dan perkongsian tersebut dimuat naik menerusi Instagram.

Kongsi pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu, dia akui selesa tidur di ruang tamu dengan menggunakan kelambu ketika itu.

“Inilah rumah yg sy duduk dr umur 8 bulan – 17 tahun,,, tido dkt ruang tamu pakai kelambu, pakai pelita, mlm2 boleh dengar bunyik cengkerik.

“Rindu nak balik sini lagi, Rumah yg mengajar erti apa itu “hidup”… Jangan kisah dr mana kita datang kerana “VALUE KITA TETAP TINGGI”,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inilah rumah yg sy duduk dr umur 8 bulan – 17 tahun,,, tido dkt ruang tamu pakai kelambu😊,pakai pelita,mlm2 boleh dengar bunyik cengkerik😊… Rindu nak balik sini lagi,Rumah yg mengajar erti apa itu “hidup”… Jangan kisah dr mana kita datang kerana “VALUE KITA TETAP TINGGI” Selamat Malam semua 😊

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Menerusi ruangan komen pula, ada rakan selebriti telah memberikan respon terhadap foto yang dikongsikan usahawan madu lebah itu.

Terdahulu, Shuib dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan kira-kira tujuh tahun lalu.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan  disampaikan pada majlis Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) pada 10 November lalu.

Pada masa sama, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin itu juga turut mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan sehari-hari.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber :Instagram Shuib via KLPRESS

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tidur Dekat Ruang Tamu Pakai Kelambu, Pelita Dengar Bunyi Cengkerik,” Shuib Kongsi Kisah Rumah Lama, Imbau Nostalgia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*