Ini Rupanya Sebab Kenapa Solat Zuhur Dan Asar Tak Dikuatkan Bacaan

Mengapa bacaan di dalam solat pada waktu Zohor dan Asar perlahan, manakala Maghrib, Isyak dan Subuh dikuatkan?

Mungkin kita sudah terbiasa mengikut ibu dan bapa kita tata cara solat dan bacaan dalam sembahyang. Tapi tidak semua yang benar-benar memahami dan mengetahui tetang hal itu.

Untuk menjadi seorang islam yang sempurna, kita seharusnya belajar dan selidik mengenai tata cara solat  dengan sempurna seperti hukvm mengeraskan bacaan dalam solat.

Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu dalam shahih Muslim telah menyampaikan bagaimana keadaan Rasulullah S.A.W. ketika solat.

Rasulullah S.A.W pernah bersolat solat bersama kami. Pada waktu zohor dan asar, beliau membaca surah Al Fatihah dan dua surah dirakaat yang pertama. Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca. Beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dari solat zohor dan memendekkannya pada rakaat kedua. begitu juga pasa solat subuh.

Firman Allah Taala:

Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya.”(al-Isra’:110)

Selepas turun ayat ini,maka Rasulullah s.a.w. merendahkan bacaan baginda di dalam solat Zohor dan Asar, kerana baginda khuatir akan ejekan dan cemohan kaum musyrikin. Manakalah di dalam solat Maghrib baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu kaum musyrikin sedang sibuk makan. Manakala di dalam solat Isyak dan Subuh, baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu mereka sedang nyenyak tidur.

Peristiwa di atas adalah ketika permulaan dakwah Islam,untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari kaum musyrikin. Manakala di dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya, bacaan dikeraskan kerana dua solat ini disyariatkan setelah berada di Madinah. Ketika itu kekuatan kaum musyrikin sudah kian lemah. Islam sudah mempunyai kekuatannya.

Walaupun keadaan sekarang berbeza dengan keadaan semasa permulaan Islam dahulu, namun hukvm ini tetap berjalan sehingga bila-bila. Itu termasuk sunnah perbuatan Rasulullah s.a.w.(sunnah fi’liyyah). Juga sebagai memperingati sejarah awal penyebaran Islam dan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melepaskan kaum muslimin pertama di Makkah dari penderit4an dan kemudian memberi kemenangan dan kekuatan kepada mereka. Sekian, wallahu’alam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : islamituindah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ini Rupanya Sebab Kenapa Solat Zuhur Dan Asar Tak Dikuatkan Bacaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*