“Dia Buat Susu Pisang Pula…” Neelofa Diusik Macam Nak Buka Kedai Runcit..

Mungkin tiada apa yang boleh menghalang usahawan selebriti ini meneruskan empayar bisnesnya.

Setelah sukses dengan hijab, produk kosmetik, baju smart kasual dan terbaharu Neelofa menceburi bidang perniagaan makanan. Lebih menarik, produknya antara yang ‘trending’ saat ini iaitu susu pisang.

Twitter

Mengambil sempena namanya send1ri tetapi dengan ejaan berbeza, Nilofa hadir memberi pilihan produk lokal kepada rakyat Malaysia (susu pisang yang ada di pasaran kini berasal dari Korea).

Twitter

Jadi, memang tepat lah produknya hadir di kala kegilaan pengguna terhadap minuman susu pisang ini.

Rata-rata warganet teruja untuk turut sama menjadi pengedar produk ini sementara yang lain pula sanggup membeli walaupun belum tahu lagi harga dan rasanya bagaimana.

Rakan artis, Awal Ashaari turut dengan nada bergurau mengusik Neelofa lyang tidak pernah kering idea.

Ig

Walaupun belum berada di pasaran secara rasmi, nampaknya strategi pemasaran Nilofa berjaya di mata peminatnya. Dan ianya menjadi bahan jenaka oleh mereka. Kira berjaya lah kan?

Ig

Wah! Neelofa maju setapak lagi dan tidak mustahil akan hadir dengan produk pelbagai lagi. Tahniah! –

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : CARI

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dia Buat Susu Pisang Pula…” Neelofa Diusik Macam Nak Buka Kedai Runcit.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*