Lebih Sebulan Kahwin, Sufi Rashid & Isteri Pertama Kali Buat Video TikTok Bersama…Bahagianya!

Lebih sebulan melayari bahtera perkahwinan, Sufi Rashid dan pasangannya usahawan Nurulain kini bahagia menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Terbaru, penyanyi lagu Aku Sanggup itu merakam video bersama Ain untuk percubaan melakukan video menerusi aplikasi TikTok buat pertama kalinya.

“My first #tiktok with wifey! hehe . #cincinta,” tvlisnya ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My first #tiktok with wifey ! hehe . #cincinta

A post shared by @ sufierashid on

Berlatarbelakangkan lagu Cin’Cinta hasil ciptaan sepenuhnya Sufi, pasangan suami isteri ini dilihat berjaya menghiburkan orang ramai dengan aksi tarian santai keduanya.

Dalam perkembangan lain, Sufi atau nama penuhnya Mohammad Sufie Rashid baru sahaja mengeluarkan lagu terbaru berjudul Cin’Cinta beberapa hari lalu.

Malah, muzik video tersebut adalah gandingan bersama isterinya yang melakukan pengambaran di Melbourne, Australia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam jumaat semua!! #throwback sebelum record #cincinta . Ini time masih bujang lagi 😜

A post shared by @ sufierashid on

Terdahulu, Sufi turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM20,000 serta mas kawin sebanyak SGD300.00 (RM910) dan juga sebentuk cincin kepada Ain.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Video: Instagram Sufi Rashid/ Youtube

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lebih Sebulan Kahwin, Sufi Rashid & Isteri Pertama Kali Buat Video TikTok Bersama…Bahagianya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*