“Konsert Kembara Kita Tunai Impian Arwh…” –  Datuk Ramli Sarip & Ella

Dua legenda rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip dan Ella bakal berkongsi pentas pada Konsert Kembara Kita yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Februari tahun depan.

Datuk Ramli Sarip berkata idea tercetus selepas pemain gitar Allahyrham Fauzi Samin atau Aji yang mahu melihat dia dan Ella bersama dalam sebuah konsert.

“Kembara Kita bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik kami bersama tetapi sebahagiannya adalah ‘soul’ dan kedewasaan kami berdua dan ini adalah antara sumbangan kami terhadap industri.

“Sedikit-sebanyak, Kembara Kita juga adalah suatu usaha untuk menjayakan impian arwh Aji yang mahu sangat-sangat konsert rock n roll dan blues ini menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu Ella pula berkata dia sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menjayakan konsert Kembara Kita di pentas yang sama bersama Datuk Ramli Sarip.

“Saya percaya sudah lama peminat kami berdua menantikan konsert yang sebegini apatah lagi bila pengisiannya lebih banyak menjurus kepada lagu-lagu a rock n roll dan blues.

“Kembara Kita bukanlah sekadar konsert yang biasa. Luar biasanya ia bakal menampilkan perjalanan muzik kami secara peribadi, pengalaman yang dikutip selama ini, momen-momen magis yang pernah tercetus sebelum ini serta kembara kami bersama yang sudah dilupai bahkan tak pernah diperkatakan sebelum ini,” katanya.

Konsert yang dianjurkan Rasa Karya Sdn Bhd,ini akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Ramli Sarip (@ramlisaripofficial) on

Di1ringi barisan pemuzik berpengalaman yang bakal meng1ringi persembahan masing-masing,konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan ‘repertoire’ yang tidak pernah lagidisaksikan di dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

Daripada segmen solo kepada segmen duet, Datuk Ramli Sarip dan Ella Aminuddin juga akan melakukan ‘kejutan’ tidak dijangka yang akan men1ngg4lkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar mereka yang datang menyaksikan konsert Kembara Kita.

Tiket telah mula dijual pada 29 Oktober 2019 dengan harga RM510/ RM460/ RM360/ RM310/ RM260/ RM210/ RM160/ RM110.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari: www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline 03-21706333.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#kembarakita2020 #ramlisaripofficial 30/10/2019

A post shared by Datuk Ramli Sarip (@ramlisaripofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Konsert Kembara Kita Tunai Impian Arwh…” –  Datuk Ramli Sarip & Ella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*