Sambutan hari lahir pertama tanpa Adamdidam, kasih sayang buat Mamajee tak pernah pudar – “Apakah ia suratan atau kebetulan, Ahad sentiasa hari istimewa kamu”

TANGGAL 10 November sepatutnya menjadi antara hari yang paling menggembirakan bagi tiga anak kecil ini.

Pada tarikh ini, mereka sepatutnya bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 bapa saudara kesayangan, Adam Mahamed Ismail.

Namun, takdir mengatasi segala-galanya.

Buat kali pertama, momen itu tidak dapat dikongsi selepas bapa saudara yang dipanggil Mamajee itu menghadap Ilahi pada 19 Mei lalu.

Menerusi satu posting di Instagram pada Ahad, trio anak buah kesayangan Adam, yang diwakili Omar Mukhtar Mukhlis, 13, telah berkongsi perasaan menerusi ucapan yang didekasikan buat insan tersayang itu.

“Kamu sepatutnya berusia 29 tahun hari ini…Saya tertanya-tanya sama ada ia adalah suratan atau kebetulan hari lahir pertama tanpa kamu jatuh pada Ahad? Pastinya ia lebih dari sekadar satu kebetulan. Ahad pastinya sentiasa menjadi hari istimewa kamu.

“Kamu pilih Ahad untuk mulakan perjalanan di dalam bidang masakan, orang ramai menunggu-nunggu resepi baru kamu setiap Ahad, kamu menjadi bintang yang semakin bersinar pada Ahad…dan kamu men1ngg4lkan kami pada Ahad,” tvlis Omar Mukhtar.

Adam menghembvskan n4fas terakhir pada Mei lalu akibat j4ngkitan paru-paru.

Allahy4rham sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resepi kepada pengikutnya, pada kemunculan awalnya dalam dunia masakan.

Dalam pada itu tvlis Omar Mukhtar lagi, adalah sangat menyakitkan apabila tidak dapat melihat senyuman bapa saudara kesayangannya lagi terutama pada hari yang istimewa itu.

“Sungguhpun s4kit kehilangan itu amat kuat, namun kehadiran kamu lebih kuat. Senyuman kamu mungkin tidak dapat dijangkau, tapi kami dapat rasakan kehangatan senyuman itu. Itu sudah cukup membuatkan kami tersenyum, dan saya dapat rasa itulah yang kamu mahu. Selamat hari lahir kepada Mamajee kesayangan,” tvlisnya lagi.

Posting yang dikongsi di laman Instagram Thefamily.uk itu disertai dengan sekeping gambar ‘throwback’ Omar Mukhtar dan dua adiknya, Fatimah dan Ali bersama Adam pada sambvtan ulang tahun bapa saudara mereka yang ke-26, tiga tahun lalu.

Posting itu begitu meruntun hati netizen di mana rata-rata mereka turut sama berkongsi kesedihan dan perasaan Omar Mukhtar, selain turut memberikan kata-kata semangat buat remaja tersebut dan adik-adiknya.

Ucapan yang dititipkan kakak sulung Adam, Dr Ashmiza di laman Istagram milik chef itu turut meruntun hati netizen.

Selain itu, ucapan oleh kakak sulung Adam, Dr Ashmiza yang dikongsi di laman Instagram milik cef itu turut menyentuh hati netizen.

“Adik saya Adam memberitahu seluruh dunia bahawa saya seperti ibu keduanya, teman wanitanya, teman rapatnya dan penasihat peribadinya. Dia isytihar saya adalah segala-galanya. Sangat benar. Kami adalah sebahagian dari d1ri masing-masing,” tvlis Ashmiza.

Adam yang lebih dikenali sebagai Chef Adamdidam menghembvskan n4fas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Pemergian Allahy4rham yang juga finalis rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3 bukan sahaja memberi kesan kepada ahli keluarga, bahkan turut membuatkan pengikutnya turut sama berdvka.  

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

For 28 years, 10th November 1990 had always been so special. Today 29 years ago, I welcomed my brother Adam to this world. I first held him in my arms. I first kissed him on the cheek. I first looked into his eyes and knew straightaway that I’d sacrifice the whole world for him. Today 29 years ago, Allah gifted me with the motherly feelings for the first time. – My brother Adam announced to the world that I’m more like his second mother. His girlfriend. His best friend. His personal advisor. He declared that I’m his everything. Exactly. We were each-others better half. My heart broke into pieces that I have to use past tense in that sentence! I repeated this 15-second clip for a million times now. I wish the clip was longer. I wanna hear more! – Today. I’m sitting here in the same house my brother and I used to make memories together. I turn to the right, I see him. I turn to the left, I see him. I close my eyes, I see him. My brother’s everywhere in my mind, except right here by my side. And it hurts so bad 💔 – Ya Rabb, You took my brother away from me. My heart broke, but I accept Your decree. I never imagined the world without him. My life turned upside down, but I accept Your decree. I trust that my brother is in a better place now. I pray that You widen up his grave with the angels telling him to rest and relax until the Day of Judgment. I pray that You reward him with the grave from a beautiful garden of Jannah. I pray that You grant him Jannatul Firdaus with him waiting and welcoming us by the door of Jannah. Aameen. – Adam’s Eldest Sister, Dr Ashmiza @drauntie.uk #sundaywithadam #iloveyou #grief #drauntieuk

A post shared by Adamdidam (@adamdidam) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sambutan hari lahir pertama tanpa Adamdidam, kasih sayang buat Mamajee tak pernah pudar – “Apakah ia suratan atau kebetulan, Ahad sentiasa hari istimewa kamu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*