“Kadang-kadang Saya Pelik, Kenapa Dia Tak Cembvru?” – Izara Aishah

Suami kepada aktres Izara Aishah, Adib Khalid memahami kerjaya isterinya sebagai seorang pelakon dan tidak meletakkan sebarang syarat biarpun setelah mend1rikan rumah tangga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🎥 #KauYangSatu ⭐️ @izaraaishahofficial

A post shared by Adib Khalid (@adib_khalid) on

“Tiada sayarat sangat pun. Bagi saya, kerjaya Izara masih seperti biasa. Saya tidak cemburu jika dia bergandingan dengan pelakon lelaki lain dan tidak fikir apa-apa pun.

“Saya memang memahami kerjayanya secara keseluruhan. Saya juga tak kisah jika dia kekal aktif selepas berkahwin kerana saya send1ri turut sibuk dengan kerjaya.

“Kita berdua sama-sama sibuk mencari rezeki dan apa yang penting, apabila kami berdua balik ke rumah, kami ada ‘each other’ dan dapat menghabiskan waktu berdua setelah seharian bekerja,” kata Adib.

Tambah Izara pula, dia juga pelik kerana suaminya tidak cemburu apabila dia berlakon dengan lelaki lain dalam drama atau filem.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekali lagi bekerjasama dengan mereka ⭐️

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

“Kadang-kadang saya pelik. Kenapa dia tak cemburu? Tetapi, mungkin dia juga telah didedahkan dengan keadaan dalam industri dan memahami apa yang saya lakukan hanya sekadar lakonan.

“Insya-Allah, saya bakal memasuki set penggambaran drama berjudul Jodoh-Jodoh Anisa yang bakal bersiaran selama 100 episod tidak lama lagi.

“Saya bakal bergandingan bersama lima orang hero iaitu Aaron Aziz, Amar Baharin, Awal Ashaari, Johan As’ari dan Hafreez Adam,” katanya ketika ditemui di sidang media program CTDK-ation.

Program tersebut memaparkan jurnal percutian keluarga besar Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

♥️ allow me to share some of my personal photos here on this account . Ayah’s house 2019. #Raya

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Rancangan yang memaparkan kisah suka dvka percutian keluarga besar itu ke Sepanyol, Portugal dan Dubai itu akan disiarkan di saluran Astro Ria pukul 9 malam bermula 29 Disember ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kadang-kadang Saya Pelik, Kenapa Dia Tak Cembvru?” – Izara Aishah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*