“Pernah Bekerja Sebagai Tukang Rumah…” – Ini Info Menarik Pemain Bola Hebat, Safawi Rasid

Safawi Rasid berjaya melunaskan dua gol dalam perlawanan menentang Indonesia dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.

Sehubungan itu, peminat bola sepak tempatan telah membanj1ri laman Instagram bintang bola sepak ini menitipkan ucapan terima kasih atas kecemerlangannya beraksi di halaman send1ri.

Apa pun, jom lihat latar belakang bintang sukan hebat ini;

1. Dilahirkan pada 5 Mac 1997 di Dungun Terengganu dan diberi nama Muhammad Safawi bin Rasid.

2. Merupakan anak kesembilan daripada 13 adik beradik.

3. Pernah bekerja sebagai tukang rumah sewaktu masih bersekolah dengan membantu ayahnya bagi menyara ahli keluarga.

4. Sekiranya tidak bergelar pemain bola sepak, dia bercita-cinta untuk menjadi seorang doktor. Difahamkan ketika di rumah, dia akan bertanggungjawab merawat luka ahli keluarga andai ada yang cedera.

5. Ledakan gol Safawi menerusi tendangan voli kaki kidal hampir menyamai jaringan bekas tonggak Manchester United, Robin van Persie ketika bertemu Aston Villa pada 2013.

6. Bergelar pemain bolak sep4k, namun dia mengakui lebih meminati sukan takraw. Ulasnya, dia terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan sepak takraw atau bola sep4k sewaktu berada di Tingkatan 4.

7. Sukakan wanita yang berpenampilan sederhana dan menjaga solat.

8. Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa selebriti terkenal seperti Syifa Melvin, Anim Ezati, Wany Kayrie dan Ruhainies.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto : Instagram Safawi Rasid via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pernah Bekerja Sebagai Tukang Rumah…” – Ini Info Menarik Pemain Bola Hebat, Safawi Rasid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*