Jayakan Watak Tun Dr Siti Hasmah Dalam ‘Mahathir, The Journey’, Fauziah Latiff Galas Tanggungjawab Besar

Penyanyi Fauziah Latiff bersedia untuk menggalas tanggungjawab untuk menjayakan watak tokoh wanita hebat, Tun Dr Siti Hasmah yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dalam filem ‘Mahathir, The Journey’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Support movie mahathir the journey More detail follow mahathir the journey fan page and IG #Mahathirthejourney

A post shared by MAHATHIR the journey (@mahathir_the_journey2020) on

Jelas Fauziah yang mesra disapa Jee, watak tersebut merupakan satu penghormatan untuk kerjayanya sebagai seorang anak seni.

“Melakonkan watak Tun Hasmah merupakan satu tanggungjawab berat untuk saya pikul. Bukan mudah mahu merealisasikan wataknya, semua orang tahu beliau merupakan seorang wanita yang sangat hebat.

“Lebih-lebih lagi, ‘Mahathir, The Journey’ merupakan filem pertama saya. Saya mungkin sudah lama menyanyi tetapi saya masih baru dalam dunia lakonan.

“Banyak yang perlu saya kaji dan belajar untuk menghidupkan kar4kter Tun Hasmah dalam filem arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan ini,” kata Jee.

Jee ditemui di majlis sidang media filem ‘Mahathir, The Journey’ di Sheraton Petaling Jaya, semalam.

Filem ‘Mahathir, The Journey’ menampilkan kisah Tun M selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

Menganggap peluang yang datang tidak boleh dilepaskan, Jee banyak melakukan kajian sebagai persediaan untuk membawa watak berkenaan.

“Beliau seorang yang lemah lembut dan sangat berkarisma. Saya melakukan banyak persediaan sebelum memasuki set penggambaran pada Disember ini.

“Saya juga membaca buku, akhbar serta melihat video-video Tun Siti di laman YouTube untuk mendapatkan lebih pendedahan mengenai watak terbabit,” kata Jee lagi.

‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta akan menjalani penggambaran di Putrajaya, Kedah, Kelantan dam Hiroshima, Jepun.

Selain Jee, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Ning Baizura (Datin Padvka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Jayakan Watak Tun Dr Siti Hasmah Dalam ‘Mahathir, The Journey’, Fauziah Latiff Galas Tanggungjawab Besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*