“Kami Bukan Nak Tiruu Raihan!” – Duet Dengan Tomok, Hijjaz Rakam Semula Lagu Sumayyah

Kumpulan nasyid popular Hijjaz men4fikan tindakan mereka merakamkan semula lagu Sumayyah dengan menampilkan penyanyi Tomok sebagai rakan duet adalah strategi untuk menirv langkah Raihan. Jelas anggota kumpulan Hijjaz, Munif Ahmad, rakaman semula lagu itu kerana mahu memberikan kelainan kepada versi ketiga rakaman semula lagu Sumayyah itu.

“Kita tak nak buat benda sama seperti sebelum ini. Takkanlah versi ketiga Sumayyah pun masih dinyanyikan Hijjaz sahaja jadi mesti ditampilkan penyanyi lain supaya menampakkan kelainan dan ada daya tarikan.

“Tambah pula, industri sekarang mempertaruhkan single demi single, jadi untuk menampakkan kelainan kita perlu buat sesuatu yang berbeza… bukan siapa tirv siapa pun. Lagu Sesungguhnya 2019 Raihan pun mendapat sambvtan sebab ada kelainan.

“Kami bukan nak ambil kesempatan pada populariti Tomok tetapi satu sama lain membantu untuk melonjakkan lagi Sumayyah 2019,” jelasnya ketika majlis pelancaran lagu Sumayyah 2019 dan finale pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah di DSaji Titiwangsa, semalam.

Terdahulu, Raihan merakamkan semula lagu Sesungguhnya dengan menampilkan penyanyi Alif Satar dan versi terbaharu itu mendapat kembali mencipta fenomena luar biasa.

Tambahnya, lagu Sumayyah dirakamkan bersempena dengan program pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah yang dicetuskan oleh Felinna Body Mist sejak Julai lalu.

“Pada mulanya kami bercadang untuk merakamkan lagu baru untuk program itu tetapi memandangkan ia diinspirasikan daripada versi asal Sumayyah jadi lebih baik buat balik lagu itu dalam versi lebih segar dan moden,” tambahnya.

Program Sisfel Mencari Sumayyah merupakan program pencarain ikon muslimah berc1rikan mujahidah Islam pertama iaitu Sumayyah yang berani, yakin dan bijak.

Juara ikon Sisfel Mencari Sumayyah, Adella Sofia, akan tampil dalam muzik video terbaharu lagu Sumayyah 2019 yang akan memulakan penggambaran pada Disember ini. Sumayyah merupakan lagu yang pernah diterbitkan pada tahun 2002 dan pernah juga dirakamkan semula dalam versi orkestra pada tahun 2010.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kami Bukan Nak Tiruu Raihan!” – Duet Dengan Tomok, Hijjaz Rakam Semula Lagu Sumayyah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*