“Dapur Dah Lama Tak Berasap, Tengok Pun Nak Munt4h” – Isteri Saharul Ridzwan

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua mendedahkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.

Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana d1rinya tidak tahan dengan bau masakan.

“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak munt4h.

“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.

Jelas Deena lagi, dalam tempoh kehamilan kali ini, badannya juga berasa kurang bertenaga berbanding ketika mengandung anak sulung.

“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.

“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu ment4l kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setakat ni handsocks paling banyak Deena ada are from @hssmuslimah! Sebab variety of colours & it fits me well. Loveeee sangat ❤️

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

Sebelum ini, berita gembira mengenai kehamilannya dikongsikan Saharul pada bulan lalu.

Deena dan Saharul, 30, mend1rikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dapur Dah Lama Tak Berasap, Tengok Pun Nak Munt4h” – Isteri Saharul Ridzwan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*