Begini nasib Muz Boboy, isteri menlnggal ketika tidur – “Anak kejutkan dia tak bangun, saya check nadi dah tiada… badan pun sejuk”

NAMA kumpulan Boboy yang popular sekitar tahun 2000 kini kembali menjadi sebvtan peminat selepas vokalisnya, Naqiu menyertai program Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Namun ketika Naqiu ke depan membawa nama Boboy kembali ke persada industri muzik, sebenarnya ada kisah meny4y4t hati dilalui salah seorang anggota band itu.

Kehidupan pemain gitar Boboy, Muz atau nama sebenarnya Mohd Muzaffar Nordian bagaikan tidak bermakna selepas diuji dengan kem4tian isteri tersayang secara mengejut pada 9 Mei lalu.

Bercerita kepada mStar, Muz berkata detik yang masih segar dalam ingatannya itu berlaku pada hari keempat umat Islam berpuasa Ramadan lalu iaitu kira-kira 10 minit sebelum waktu berbuka.

“Ya, betul saya kini seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak yang berusia dua, empat dan enam tahun. arw4h memang tak s4kit apa-apa. Ketika itu kami pulang bekerja seperti biasa, pergi ambil anak-anak kemudian dia balik masak untuk berbuka puasa.

“Waktu itu dalam pukul 7.10 malam. Selepas menyediakan juadah berbuka, dia tiba-tiba masuk ke bilik untuk berehat. Ketika itu saya berada di dapur buat air untuk berbuka.

“Kemudian saya minta anak panggil ibu mereka… anak kejutkan dia tak bangun. Apabila saya send1ri pergi kejutkan, saya tengok dia dah tak sedarkan d1ri,” katanya kepada mStar.

Muz kini bapa tunggal kepada tiga orang cahaya mata.

Tambah Muz ketika itu dia sudah merasai ada sesuatu yang tidak kena terhadap isterinya, Noor Shafinaz Mohd Ramli.

“Waktu itu perasan saya dah rasa lain. Saya check nadi dah tiada dan badan dia pun sejuk… saya segera hubungi ambulans.

“Walaupun macam-macam yang pihak hospital lakukan selepas mereka sampai, saya seperti dah tahu dia sudah tiada,” ujarnya yang kini bertugas sebagai seorang penjawat awam di Putrajaya.

Kata Muz, kehilangan mengejut isterinya yang tidak pernah didiagnos dengan apa-apa peny4kit sangat memberikan kesan terhadapnya sehingga membuatkan dia hilang arah dan hampir berdepan kemurungan.

Malah Muz mengakui, kehidupannya menjadi tidak terurus dan dia gagal menguruskan ketiga-tiga anaknya itu dengan baik.

Waktu itu perasan saya dah rasa lain. Saya check nadi dah tiada dan badan dia pun sejuk.

MUZ

GITARIS BOBOY

“Saya betul-betul terkejut… jadi hilang arah. Anda takkan pernah dapat bayangkan betapa saya lost ketika itu. Saya hampir kemurungan. Mujur ketika itu Shah (seorang lagi pemain gitar Boboy) ada dengan saya dan dialah yang beri kekuatan sejak arw4h isteri pergi buat selamanya.

“Dia dan isterinya selalu beri semangat untuk saya teruskan kehidupan demi anak-anak. Jujur saya cakap, kalau mereka tak ada mungkin saya dah pergi ke h0spltal gil4.

“Bulan pertama saya jaga anak-anak keseorangan, semuanya jadi kelam-kabut, tak boleh nak control apa-apa pun. Bayangkan tiba-tiba saya nak kena catch up semua benda… bangun pagi, siapkan anak-anak selain berdepan kerenah mereka lagi.

“Tetapi Alhamdulillah, keadaan sekarang semakin baik dan kembali normal, saya dah boleh uruskan semuanya send1ri. Tak ada masalah pun untuk saya jaga ketiga-tiga anak saya,” katanya.

Menurut Muz, kerinduan terhadap isterinya masih menebal dan hanya tatapan gambar kenangan serta baju yang dipakai arw4h isterinya buat kali terakhir menjadi pengubat rindu terhadap cinta hatinya itu.

Shah Boboy  (kanan) antara individu yang memberi semangat buat Muz.

“Masa awal-awal tu memang anak-anak selalu bertanya mengenai ibu mereka, tapi saya tak boleh nak jawab. Anak saya yang sulung itu memang faham dan yang umur dua tahun ni pun seperti tahu saja apa yang berlaku.

“Perasaan rindu itu sentiasa ada. Sampai hari ni pun perasaan itu masih sama. Malah saya masih simpan baju yang dipakai arw4h pada hari terakhir dia meningg4lkan kami. Setiap kali rindu, saya akan pegang baju itu. Begitu saj4lah cara saya mengubati kerinduan padanya selain menatap gambar.

“Barang-barang arw4h juga masih ada… ia tidak berusik dan saya memang nak ia berada di situ,” ujarnya.

Menurut Muz, hasil bed4h sias4t mendapati kem4tian isterinya akibat ser4ngan jantung.

Muz dan Noor Shafinaz berkahwin pada 13 Mac 2010. arw4h juga merupakan kakitangan kerajaan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Keisha Nur Zahra Alya, 6, Muhammad Mikhail Azfar, 4 dan Muhammad Mifzal Aariz, 2 tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber: MSTAR

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Begini nasib Muz Boboy, isteri menlnggal ketika tidur – “Anak kejutkan dia tak bangun, saya check nadi dah tiada… badan pun sejuk”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*