Baru Berusia 6 Tahun, Budak Perempuan Ini Tunjuk Aksi Hebat Main Skateboard… Macam Pro!

Biarpun usia baru sahaja 6 tahun, namun ia bukanlah penghalang untuk kanak-kanak perempuan ini mempamerkan aksinya bermain skateboard.

Vasilisa Ermakova yang berasal dari Moscow, Rusia sebenarnya adalah pemegang rekod kebangsaan snowboarding. Terbaru Vasilisa berjaya memegang rekod turun bukit menggunakan skateboard paling laju di Rusia.

Sikap berani mencuba sukan lasak begini biarpun masih di usia yang sungguh muda harus dipuji. Juga sudah pasti kehebatan kanak-kanak ini didorong ibubapanya send1ri bukan?

Menurut ibunya, Vasilisa mula menunjukkan minat bermain sukan lasak sebegini sejak umurnya 3 tahun. Oleh kerana ibu dan bapanya juga adalah peluncur salji, jadi Vasilisa tiada masalah untuk menceburi sukan ini.

Tambahnya lagi, Vasilisa melakukan latihan 5 jam sehari untuk membiasakan d1ri dengan rutin sukan ini. Cukup hebat dan mengagumkan!

Lihat sahaja salah satu rutin latihan anak kecil ini dalam video di bawah:

Amacam? Sempoi betul cara dia meluncur, nampak anak kecil ini cukup berseronok dengan sukan yang diceburinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Daily Mail / Vasilisa Board via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Baru Berusia 6 Tahun, Budak Perempuan Ini Tunjuk Aksi Hebat Main Skateboard… Macam Pro!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*