Ayda Jebat K0rban Rambut Jadi Pendek Demi Watak Baru

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, bakal mem0tong pendek rambutnya, minggu hadapan, demi menjayakan watak dalam drama terbaru. Ayda berkata, dia mengorbankan rambutnya atas kerelaan send1ri, bukan kerana menerima bayaran yang tinggi.

Ujarnya lagi, bidang lakonan memberikannya kepuasan yang berbeza, berbanding persembahan di pentas nyanyian.

“Tidak lama lagi, saya bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersama Remy Ishak. Namun, saya diminta memotong rambut demi watak terbabit. Ia bakal menjadi pengalaman pertama saya memot0ng rambut pendek. Jadi, tidak sabar juga rasanya hendak melihat wajah dengan gaya sebegitu.

“Saya juga berbuat demikian bukan kerana soal bayaran, sebaliknya apa yang penting adalah kepuasan diperoleh daripada pengalaman itu. Malah, watak yang berbeza pastinya membantu mencantikkan lagi portfolio kerjaya dalam bidang lakonan.

“Setiap tahun, saya merencana untuk menerima sekurang-kurangnya sebuah tawaran drama bagi mengimbangi bidang nyanyian dan lakonan. Kedua-duanya adalah minat saya sejak dahulu,” katanya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💛💛💛 . Cindai Reihana, Cindai Coming Soon. Oh but after this rambut akan jadi lebih pendek for Johana, Bukan Gadis Biasa. Okay tak okay? 🤔 . ‘You can’t be strong all the time. Sometimes you just need to be alone and let your tears out.’ . #AydaJebat #Cindai #CindaiReihana #RoadToBukanGadisBiasa

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Penyanyi yang popular dengan lagu Temberang itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media festival muzik Stereofest, di sini.

Festival muzik Melayu yang bakal berlangsung selama dua hari di Singapura, Februari tahun depan itu akan menampilkan 20 artis popular dari Malaysia, Indonesia dan Kota Singa.

“Pada festival itu, saya bakal menyanyikan empat lagu menerusi slot selama 45 minit. Saya bertuah apabila dapat berkongsi pentas dengan ramai artis popular lain seperti Judika, New Boyz dan Jaz,” kata Ayda.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : BHOnline

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ayda Jebat K0rban Rambut Jadi Pendek Demi Watak Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*