Tiada ruang berdamai, Akhirnya Sharnaaz dan Noor Nabila Terpaksa Ambil Keputusan

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung ke.s percer4ian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan S3ksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kesayangan ba.. Tak akan ada jebat sehebat jebat ba dalam hidup ba.. My boy.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan lsu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memberitahu pelantikan hakam itu perlu untuk mencari jalan penyelesaian berhubung kemeIut yang meIanda pasangan ini.

“Keputusan hari ini mahk4mah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk ke.s ini ke hakam pula.

Peguam syarie yang dilantik Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

“Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam.

“Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai,” katanya kepada mStar.

Dalam prosiding itu peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz manakala peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Noor Nabila.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

selfie ini adalah satu paksaan ya anakku 😂 ❤️❤️❤️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Bagaimanapun, Sharnaaz, 34, atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad pula memfailkan permohonan nusyvz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Bagi prosiding JKP, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr. Sherrini Ahmad Basir Ahmad sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa t1rinya Abdul Halim Khan.

Dalam pada itu, bagi permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz terhadap Noor Nabila, mahk4mah turut menetapkan tarikh sama bagi sebvtan semula ke.s.

Spekulasi rumah tangga pelakon filem Juvana itu kembali hangat diperkatakan ramai selepas Nabila memuat naik gambar hadapan Mahk4mah Syariah Kuala Lumpur menerusi Instastory pada Februari lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tiada ruang berdamai, Akhirnya Sharnaaz dan Noor Nabila Terpaksa Ambil Keputusan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*