7 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sekarang Jika Nak Jadi Kaya

Semua orang berangan-angan untuk jadi jutawan atau, setidak-tidaknya, hidup senang-lenang sehingga tua dan dapat pula mewariskan kekayaan kepada anak-anak.

Tetapi berapa ramai yang dapat mengejar cita-cita itu? Bagaimana Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson boleh jadi jutawan? Portal akhbar terkenal , Sydney Morning Herald mendedahkan tujuh tabiat yang diamalkan oleh mereka yang pernah berusaha keras menjadi jutawan.

1. Ghairah untuk capai kejayaan

Tujuan yang jelas dan semangat berkobar-kobar sangat penting. Ia membekalkan tenaga untuk menghadapi kesilapan, kegag4lan dan penolakan orang lain.

2. Membaca untuk majukan

Jutawan suka membaca akhbar dan buku pelbagai topik, antaranya panduan berjaya, pembinaan peribadi atau sejarah mereka yang sudah berjaya.

Kajian menunjukkan, 80 peratus orang kaya menghabiskan 30 minit atau lebih setiap hari untuk memajukan lagi d1ri melalui pembacaan. Orang kaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan.

3. Bersenam sihatkan fikiran

Sir Richard Branson, pengasas Virgin Group, bersenam setiap hari termasuk yoga, mendaki, berlari atau angkat berat untuk meningkatkan pencapaian fikiran dan menjadi lebih produktif.

Kajian menunjukkan, 76 peratus orang kaya bersenam 30 minit atau lebih setiap hari. Jantung yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk otak.

4. Suka berjimat dan menabung

Tabiat yang selalu dilakukan oleh orang kaya ialah hanya gunakan 80% saja pendapatan dan lagi 20% akan disimpan.

Malah, 88 peratus orang kaya berkata menyimpan wang sangat-sangat penting untuk membina kejayaan mereka.

5. Ada pembimbing & berikan bimbingan

Berjaya tidak bermakna melakukannya seorang d1ri. Semua yang sudah berjaya termasuk Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson memerlukan bimbingan.

6. Bina hubungan baik

Hubungan baik dengan orang tersayang dan dekat dengan kita mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan d1ri.

Kira-kira 88 peratus jutawan percaya “hubungan baik sangat penting untuk kejayaan kewangan”. Tetapi di kalangan orang miskin, hanya 17 peratus percaya pada amalan tersebut.

7. Mencari ketenangan d1ri

Mereka selalu merenung d1ri send1ri, mencari kelemahan d1ri untuk diatasi atau memastikan d1ri tidak terbabas daripada landasan kejayaan.

Kajian menunjukkan ramai orang kaya menghabiskan antara 15 hingga 30 minit memuhasabah, sama ada mereka atas landasan betul dalam soal kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Aliffchannel

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "7 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sekarang Jika Nak Jadi Kaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*