“Tak Adil Nak Salahkan Aliff, Saya Pun Tak Sempurna”

Hampir lima bulan berc3rai, namun kisah peribadi Bella Astillah masih menjadi bualan ramai. Rezekinya sebagai ibu tunggal, Bella kini kembali aktif dalam bidang seni dan menerima pelbagai tawaran berlakon.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi, saya Bella Astillah, penyampai Berita Komuniti Awani. Chingggg ✨ . . Boleh ka jugaaa tu😂

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Namun, ramai yang menganggap rezeki yang diterimanya itu adalah ganjaran di atas kesabarannya selama ini. Bagaimanapun, Bella berkata tidak adil untuk orang ramai terus menyalahkan bekas suaminya, Aliff Aziz.

“Saya anggap peluang yang datang ini sebagai rezeki dan tuah anak. Tidak adil untuk salahkan Aliff kerana hidup ini ibarat putaran roda. Mungkin hari ini saya di atas, tetapi esok lusa, saya tidak tahu apa nasib d1ri.

“Saya juga tidak sempurna. Apabila saya terus memberikan kata semangat dan dorongan kepada Aliff, ia bukan bererti saya kuat. Saya cuba berusaha membantunya apa yang termampu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It feels like I just closed my eye for a moment, and then here are you are all grown up already. Mommy sayanggggg Ayden ❤️

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

“Saya percaya, jika kita berbuat baik kepada orang lain, insya-Allah, kebaikan akan kembali datang kepada kita,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal jodoh memandangkan dia sukar untuk memulakan hubungan baru. Katanya lagi, dia kini selesa dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal.

“Sukar untuk saya mulakan hubungan baharu. Saya juga bukan jenis yang mudah menerima kehadiran orang baharu, apatah lagi saya semakin selesa dengan kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Biarpun tanpa suami di sisi, hidup saya tidak kosong kerana keluarga sentiasa ada bersama,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : ROTIKAYA

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Adil Nak Salahkan Aliff, Saya Pun Tak Sempurna”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*